TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025 : SILA SEMAK TARIKH LUPUT ANDA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan masuk sesi baharu tidak lama lagi. Baki bantuan sesi 2025 dalam MyKad yang tidak digunakan selepas tarikh akhir akan luput secara automatik.
Bilakah tarikh akhir tebus duit sara mykasih dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026 : PEMOHON YANG LULUS AKAN MENERIMA BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH LUPUT/AKHIR TEBUS |
|---|---|
| SARA EKASIH | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Disember 2025 |
Baki atau kredit SARA 2025 yang tidak dibelanjakan selepas 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
KADAR BAYARAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
- SARA EKASIH (STR EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM2,100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM1,650 |
| Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
- SARA STR (BUKAN EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM450 |
CARA MUDAH GUNA KREDIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]