JUMLAH DUIT BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN AKAN DAPAT OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

JUMLAH DUIT BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN AKAN DAPAT OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

Untuk tahun 2026, duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan dibayar dengan jumlah yang berbeza dari tahun 2025. Hal ini kerana, jumlah peruntukan yang dipertingkatkan daripada RM13 billion kepada RM15 billion supaya dapat menampung kos sara hidup rakyat-rakyat B40 dan M40.

Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan STR yang dibayar kepada pemohon yang layak? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & BAGI YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN DALAM MYKAD (RM200 / RM100 / RM50)

JUMLAH DUIT BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026

Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, rakyat iaitu penerima yang layak akan terima duit Bantuan STR dan Bantuan SARA sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH DUIT
BANTUAN STR
JUMLAH DUIT
BANTUAN SARA
Isi Rumah
Pendapatan B40
RM700 (0 anak)
RM1,200 (1-2 anak)
RM1,700 (3-4 anak)
RM2,200 (>5 anak)
RM2,400
atau
RM1,200
Isi Rumah
Pendapatan M40
RM200 (0 anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
RM1,200
Warga Emas (Bujang)
Pendapatan
B40 & M40
RM600RM1,800
atau
RM600
Bujang
Pendapatan B40
TiadaRM1,200
atau
RM600
*Untuk jumlah duit Bantuan STR Fasa 1 masih belum diketahui dan akan dikemaskini semula.

JADUAL BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026

Bantuan STR kebiasaannya dibayar pada waktu-waktu yang tertentu seperti perayaan atau hari cuti sekolah. Untuk bayaran tahun 2026 pula dijangka dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :

FASA-FASA BAYARANTARIKH BANTUAN STR
DIBAYAR
Fasa Pertama (1)Januari / Februari 2026
(Dijangka sebelum perayaan
Tahun Baru Cina)
Fasa Kedua (2)Mac / April 2026
(Dijangka sebelum / selepas
Perayaan Aidilfitri)
Fasa Ketiga (3)Ogos 2026
(Dijangka sebelum sambutan
Hari Kebangsaan Ke-69)
Fasa Keempat (4)November 2026
(Dijangka sebelum perayaan
Deepavali)
*Jadual di atas akan dikemaskini semula apabila tarikh-tarikh bayaran diumumkan secara rasmi nanti.

CARA DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Duit Bantuan STR bakal dibayar kepada penerima-penerima yang layak melalui dua (2) cara sahaja, iaitu :

  1. Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tidak mempunyai sebarang akaun bank atau tidak memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap dalam permohonan Bantuan STR.
  2. Dibayar secara tunai melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau akaun bank milik pasangan penerima sekiranya maklumat akaun bank dimasukkan dalam permohonan Bantuan STR dengan lengkap.

SEMAK KELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA BANTUAN STR 2026

Untuk memastikan permohonan anda diterima atau tidak sebagai penerima Bantuan STR yang layak, anda boleh membuat semakan kelayakan secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Segala maklumat-maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang awam berkaitan ‘Bantuan STR’. Namun, untuk maklumat yang lebih lanjut dan sahih, anda boleh rujuk pihak berwajib :

  • Kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
  • Hubungi Talian STR MOF 03 8882 4565 / 03 8882 4566; atau
  • Emelkan ke [email protected]

Leave a Comment