TARIKH MULA BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG LAYAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1

TARIKH MULA BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG LAYAK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang pertama akan dimulakan dengan Fasa satu (1) yang dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2026 bagi membantu meringankan bebenan kos sara hidup rakyat.

Bilakah tarikh mula bayar duit Bantuan STR dan macam mana cara semak kelayakan penerima? Ikuti maklumat dan panduan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN & DAFTAR JIKA STATUS LAYAK

KADAR PERUNTUKAN DUIT BANTUAN STR 2026

Untuk tahun 2026, kerajaan memperuntukan duit Bantuan STR sehingga RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia. Ini adalah peruntukan yang tertinggi dari tahun-tahun sebelum ini seperti berikut :

  • 2023 : Peruntukan sebanyak RM8 billion.
  • 2024 : Peruntukan sebanyak RM10 billion.
  • 2025 : Peruntukan sebanyak RM13 billon.
  • 2026 : Peruntukan sebanyak RM15 billion.

NILAI DUIT BANTUAN STR 2026

Namun dari peruntukan sebanyak RM15 billion tersebut, Kerajaan akan menyalurkan duit Bantuan STR bersama dengan Bantuan SARA mengikut nilai-nilai sebanyak berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
BANTUAN STRBANTUAN SARA
(STR EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BIASA)
Tiada Anak : RM700RM2,400RM1,200
1 – 2 Anak : RM1,200RM2,400RM1,200
3 – 4 Anak : RM1,700RM2,400RM1,200
>5 Anak : RM2,200RM2,400RM1,200
*STR eKasih merujuk kepada penerima STR yang berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan terima :
BANTUAN STRBANTUAN SARA
Tiada Anak : RM200RM1,200
1 – 2 Anak : RM450RM1,200
3 – 4 Anak : RM700RM1,200
>5 Anak : RM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Bujang / Balu / Duda / Janda) akan terima :
BANTUAN STRBANTUAN SARA
(STR EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BIASA)
RM600RM1,800RM1,200
  • Bujang Umur 21 hingga 59 Tahun & Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
BANTUAN STRBANTUAN SARA
(STR EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BIASA)
TiadaRM1,200RM600

PLATFORM BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran Bantuan STR untuk memudahkan penerima menerima bayaran. Berikut adalah dua (2) platform bayaran Bantuan STR mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAPLATFORM BAYARAN
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai melalui
kaunter rasmi di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan

TARIKH MULA BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026

Duit Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar secara berperingkat bermula dari Fasa 1 mengikut tarikh seperti berikut :

PLATFORM BAYARANTARIKH MULA BAYAR
BANTUAN STR
Tunai di Kaunter
Bank Simpanan Nasional
Februari 2026
(Akan dikemaskini apabila
tarikh diumumkan secara rasmi)
Pengkrditan Dalam
Akaun Bank Penerima
Februari 2026
(Akan dikemaskini apabila
tarikh diumumkan secara rasmi)

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN STR 2026

Ketahui kelayakan anda sebagai penerima duit Bantuan STR dengan membuat semakan kelayakan yang mudah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.⁠
  12. Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  13. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  14. Selesai.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment