BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 4

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 4

Ramai pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tertanya-tanya, bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 2026 akan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Bayaran bantuan kewangan ini amat dinantikan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya menjelang musim perayaan.

Artikel ini menyediakan maklumat lengkap berkaitan jadual tarikh bayaran STR 2026, kaedah pengkreditan, jumlah kadar bantuan mengikut kategori, serta cara membuat semakan status kelulusan di portal rasmi MySTR.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SEKARANG

RINGKASAN JADUAL TARIKH BAYARAN STR 2026

FASA
PEMBAYARAN
TARIKH BAYARANSTATUS AGIHAN
STR Fasa 120 – 25 Januari 2026Selesai Dibayar
STR Fasa 210 – 30 Mac 2026Selesai Dibayar
STR Fasa 315 – 25 Ogos 2026Selesai Dibayar
STR Fasa 4November 2026Akan Datang / Kemaskini

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN STR 2026

Cara bayaran Bantuan STR adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu akan dibayar secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa melalui akaun bank dan tunai di kaunter bank.

Berikut adalah cara bayaran STR untuk tahun 2026 :

  • Dikreditkan secara tunai melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
  • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
    • Tiada akaun bank / tidak daftar akaun bank dalam permohonan; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2026

Tarikh bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF). Namun, bayaran dijangka akan dilaksanakan sebelum perayaan-perayaan besar di Malaysia.

Berikut merupakan jangkaan bayaran STR untuk tahun 2026 :

  • Fasa 1 : 20 – 25 Januari 2026.
  • Fasa 2 : 10 – 30 Mac 2026.
  • Fasa 3 : 15 – 25 Ogos 2026.
  • Fasa 4 : November 2026 (Dijangka sebelum perayaan Deepavali).

*Namun, pihak kami akan kemaskini semula tarikh bayaran STR apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah berbeza dari tahun 2025. Kerana setiap penerima STR akan terima Bantuan SARA dengan jumlah yang berlainan bagi setiap kategori.

Berikut adalah jumlah bayaran STR untuk tahun 2026 :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR
JUMLAH BAYARAN
SARA
Isi Rumah
Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak – RM700
1/2 anak – RM1,200
3/4 anak – RM1,700
>5 anak – RM2,200
RM2,400 (STR eKasih)
atau
RM1,200 (STR biasa)
Isi Rumah
Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak – RM200
1/2 anak – RM450
3/4 anak – RM700
>5 anak – RM950
RM1,200
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600RM1,800 (STR eKasih)
atau
RM600 (STR biasa)
Bujang–RM1,200 (STR eKasih)
atau
RM600 (STR biasa)
*Jumlah bayaran STR untuk Fasa 4 masih belum diumumkan dan jika diumumkan, pihak kami akan kemaskini semula.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN STR 2026

Untuk penerima sedia ada atau pemohon baharu yang telah mengemukakan permohonan STR boleh membuat semakan status kelulusan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Ikuti panduan lengkap cara semak status kelulusan STR seperti di bawah :

  1. Pergi ke Portal Rasmi MySTR.
  2. Pada halaman utama MySTR, klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan ‘Nama Pemohon’.
  6. Jika ianya betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan pengguna dengan betul.
  8. Klik terus pada [Log Masuk].
  9. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelulusan permohonan STR terkini akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Maklumat yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Bantuan STR 2026’. Namun, jika pihak tuan / puan mempunyai masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak STR yang berwajib seperti berikut :

  • Hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
  • Hubungi Talian STR HASiL / MOF : 1800 88 2747 / 03 8882 4565; atau
  • Emelkan ke alamat : [email protected]

*Penafian : Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan portal rasmi MySTR dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Bilakah Tarikh Bayaran STR 2026’. Namun melalui artikel ini, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan ini.

Leave a Comment