SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK (RM100 & RM200 & RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK (RM100 & RM200 & RM50 SETIAP BULAN)

Salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan untuk sokongan kos sara hidup, adalah dengan menyediakan bantuan secara tanpa tunai melalui barangan keperluan asas MyKasih yang dapat memenuhi keperluan harian penerima.

Bagaimanakah semakan status mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 SETIAP BULAN)

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN AMAUN BAYARAN MYKASIH 2026

Jumlah Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, akan disalurkan seperti berikut :

  • SARA EKASIH (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember)
RM2,400
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,800
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,200
  • SARA STR (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM600
BujangRM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM600

CARA GUNA KREDIT MYKASIH 2026

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih/SARA di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih/SARA.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih/SARA.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG MYKASIH 2026

Antara barangan yang diluluskan di bawah Program MyKasih adalah seperti berikut :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

Barangan ini boleh didapati di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih sahaja seperti :

  • Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment