SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tanpa tunai melalui IC boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas menggunakan amaun bayaran yang diterima mengikut kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan dalam ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.
PENGENALAN BANTUAN DALAM IC 2026
Bantuan Dalam IC ialah inisiatif kerajaan secara tanpa tunai melalui IC (Kad Pengenalan) yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas harian penerima.
Bantuan IC dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui IC (Kad Pengenalan) penerima untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan;
- Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih/SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan IC.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Syarat Kelayakan Bantuan Dalam IC (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- SARA eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- SARA STR;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN DALAM IC 2026
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :
- SARA EKASIH (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
- SARA STR (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 2026
Status kelayakan penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama IC (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan IC.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]