KADAR BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1
Peruntukan Bantuan Tunai STR pada tahun 2026 dipertingkatkan sehingga 30% iaitu sebanyak RM15 billion yang merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah pemberian Bantuan Tunai. Oleh itu, kadar Bantuan Tunai STR yang akan dibayar juga dipertingkatkan.
Bagaimanakah semak kadar Bantuan Tunai STR dibayar? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BINGKAS RM300 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN ONLINE & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BARU
KADAR BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Berikut merupakan kadar Bantuan Tunai STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak – RM700.
- 1 atau 2 anak – RM1,200.
- 3 atau 4 anak – RM1,700.
- 5 anak ke atas – RM2,200.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak – RM200.
- 1 atau 2 anak – RM450.
- 3 atau 4 anak – RM700.
- 5 anak ke atas – RM950.
- Warga Emas :
- RM600.
- Bujang :
- Tiada.
CARA BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Terdapat dua (2) cara Bantuan Tunai STR yang akan dibayar kepada penerima seperti berikut :
- Bayaran tunai di kaunter bank :
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atas nama sendiri perlu menuntut bayaran Bantuan Tunai STR secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
- Pengkreditan tunai dalam akaun bank :
- Penerima yang mempunyai akaun bank atas nama sendiri serta memasukkan maklumat akaun dengan lengkap perlu menunggu Bantuan Tunai STR dikreditkan dalam akaun bank penerima.
TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Bantuan Tunai STR akan dibayar mengikut tarikh-tarikh yang dijangka seperti berikut :
- Fasa 1 dijangka akan dibayar Februari 2026 (mungkin sebelum Tahun Baru Cina).
- Fasa 2 dijangka akan dibayar Mac / April 2026 (mungkin sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri).
- Fasa 3 dijangka akan dibayar Ogos 2026 (mungkin sebelum Hari Kebangsaan).
- Fasa 4 dijangka akan dibayar November 2026 (mungkin sebelum Perayaan Deepavali).
WAKTU BANTUAN TUNAI STR DIMASUKKAN 2026
Penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu Bantuan Tunai STR dimasukkan mengikut waktu-waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional :
- Selepas 6 petang.
- Bank Islam :
- Selepas 8 malam.
- Affin Bank :
- Selepas 8 malam.
- Ambank :
- Selepas 8 malam.
- Maybank :
- Selepas 9 malam.
- Cimb Bank :
- Selepas 9 malam.
- RHB Bank :
- Selepas 9 malam.
- Bank Muamalat :
- Selepas 10 malam.
- Lain-lain bank :
- Selepas 10 malam.
SEMAK KADAR BANTUAN STR IKUT STATUS
Untuk tahu berapa kadar yang anda layak, anda perlu ketahui status anda terlebih dahulu mengikut panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan & kadar Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]