PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2026 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & CARA DAFTAR MYLESEN B2 JPJ

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2026 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & CARA DAFTAR MYLESEN B2 JPJ

Program Lesen Memandu Percuma bakal memasuki sesi baharu 2026. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh membuat permohonan dengan segara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) B2 yang dibiayai penuh oleh pihak Kerajaan sebelum tarikh permohonan ditutup.

Bagaimanakah permohonan lesen memandu percuma 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 200 IC 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD

PENGENALAN

Program Lesen Percuma atau dikenali sebagai MyLesen B2 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma yang dibiayai penuh oleh Kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

KATEGORI LESEN MEMANDU PERCUMA

Lesen yang akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

PROGRAM BANTUANKATEGORI LESEN PERCUMA
MyLESEN B2Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kelas B2
(Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia sekurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi.
  • Keutamaan kepada Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar Institut Pengajian Tinggi atau Kadet JPJ;

PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA 2026

Berikut merupakan maklumat pentung berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :

  • Pendaftaran melalui borang ini tidak menjamin anda terus terpilih untuk menyertai Program ini.
  • Program ini akan berlangsung bermula Mac sehingga Oktober 2026.
  • Permohonan anda akan disaring mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh JPJ Negeri untuk mendaftar di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan.
  • Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke IM dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti Pogram ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu yang ditetapkan oleh JPJ.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh MOT dan JPJ dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2026

Permohonan lesen memandu percuma MyLesen B2 adalah HANYA secara fizikal di Pejabat JPJ Negeri yang berdekatan.

Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Kunjungi Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) Negeri berdekatan anda.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
    • Kad Pengenalan;
    • Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
    • Gambar Pasport.
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan tersebut ke pejabat JPJ berdekatan.
  7. Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  8. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
  9. Selesai.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Program ini berlangsung bermula Mac hingga Oktober 2026, dan pendaftaran akan di buka sehingga kuota yang ditetapkan dipenuhi di mana kuota adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja.

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia.

KOS DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA

Program MyLesen B2 adalah SECARA PERCUMA dan DIBIAYAI PENUH OLEH KERAJAAN melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Kos-kos lain seperti kos pengangkutan ke institut memandu, serta makan minum sepanjang mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

JADUAL LATIHAN & UJIAN LESEN MEMANDU

Modul Kursus, Latihan dan Ujian memandu perlu dijalani oleh peserta dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 diberikan kepada penerima.

Sekiranya peserta gagal untuk menamatkan Program MyLesen B2 dalam tempoh yang telah ditetapkan (3 bulan), peserta akan dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 serta merta.

Jadual latihan dan ujian Program MyLesen B2 akan berlangsung seperti berikut :

  • Kursus Teori (KPP01) : Selama 6 Jam;
  • Ujian Bertulis (KPP01) : Selama 1 Jam;
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) : Selama 9 setengah Jam;
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) : 6 Jam;
  • Pra Ujian (QTI) : 30 Minit; dan
  • Ujian JPJ.

BORANG PERMOHONAN

Selain daripada mengunjungi JPJ Negeri berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan lesen percuma B2, anda juga boleh mengkases pautan berikut untuk mendapatkan Borang Permohonan Lesen Percuma B2.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

Leave a Comment