TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN UNTUK FASA 1

TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN UNTUK FASA 1

Bagi yang lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bayaran bantuan untuk Fasa Pertama (1) pada awal tahun 2026 dengan jumlah yang sepadan dengan kelayakan penerima-penerima.

Bilakah tarikh pembayaran duit Bantuan STR? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026

Kerajaan akan membayar duit Bantuan STR secara berfasa-fasa pada tarikh seperti berikut :

FASA-FASATARIKH PEMBAYARAN
BANTUAN STR
Fasa 1Januari – Februari 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 2Mac – April 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 3Ogos 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini)

TATA CARA PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan tata cara pembayaran duit Bantuan STR kepada penerima :

BAYARAN TUNAI DI
KAUNTER BANK
BAYARAN TUNAI DALAM
AKAUN BANK
Penerima yang tiada akaun bank
atau penerima yang berstatus
gagal kredit akan terima
bayaran tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima yang mempunyai
akaun bank serta memasukkan
maklumat akaun bank dalam
permohonan akan terima bayaran
dalam akaun bank penerima

KADAR PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026

Pembayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah sebanyak kadar berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN PENERIMA
KADAR BAYARAN
BANTUAN STR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1-2 anak : RM1200
3-4 anak : RM1700
>5 anak : RM2200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600
Bujang / Balu / Duda / Janda
(tiada anak)

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan panduan lengkap cara semak status sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 :

  1. Pergi ke Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada bahagian [Log Masuk] : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  4. Masukkan maklumat peribadi iaitu [No. Kad Pengenalan] anda.
    • Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama anda.
  7. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  8. Kemudian, masukkan Kata Laluan pengguna yang baharu dicipta.
  9. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR dan kami kongsikan untuk mudahkan carian orang awam berkaitan bayaran Bantuan STR yang terbaru. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak STR di bawah :

  • Nombor Rasmi STR HASiL : 1800882747
  • Nombor Rasmi STR MOF : 0388824565 & 0388824566
  • Alamat e-Mel Rasmi STR : [email protected]

Leave a Comment