JUMLAH STR DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DAPAT JIKA LULUS FASA 1
Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diluluskan, setiap individu akan terima bayaran secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dengan jumlah yang berbeza bermula RM50 hingga RM500.
Bagaimanakah semak jumlah STR dibayar jika lulus Fasa 1? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
JUMLAH STR DIBAYAR 2026
Berikut adalah jumlah STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 :
- Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 tahun :
- Hanya terima SARA sebanyak RM600 hingga RM1,200.
- Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 tahun ke atas :
- RM600 -(Fasa 1 RM150).
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM700 -(Fasa 1 RM150).
- 1 / 2 anak : RM1,200 -(Fasa 1 RM300).
- 3 / 4 anak : RM1,700 -(Fasa 1 RM450).
- 5 anak ke atas : RM2,200 -(Fasa 1 RM500)
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM200 -(Fasa 1 RM50).
- 1 / 2 anak : RM450 -(Fasa 1 RM100).
- 3 / 4 anak : RM700 -(Fasa 1 RM150).
- 5 anak ke atas : RM950 -(Fasa 1 RM250).
CARA STR DIBAYAR 2026
Bantuan STR akan dibayar melalui dua (2) cara seperti berikut :
- Menuntut bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima yang tiada akaun bank / penerima status ‘Gagal Kredit’ / penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu menuntut bayaran STR tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Menunggu bayaran masuk ke dalam akaun bank :
- Penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bayaran STR masuk ke dalam akaun bank secara berperingkat selama 3 hingga 5 hari bekerja.
WAKTU STR DIBAYAR 2026
Bagi penerima yang menerima bayaran Bantuan STR melalui akaun bank perlu menunggu bayaran dimasukkan secara berperingkat mengikut waktu-waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
TARIKH STR DIBAYAR 2026
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran STR yang rasmi untuk tahun 2026. Namun, ianya diramal akan dibayar pada musim-musim perayaan setiap fasa seperti berikut :
- Fasa 1 : Musim Perayaan Tahun Baru Cina (akan dikemaskini).
- Fasa 2 : Musim Perayaan Aidilfitri (akan dikemaskini).
- Fasa 3 : Musim Sambutan Hari Kebangsaan (akan dikemaskini).
- Fasa 4 : Musim Perayaan Deepavali (akan dikemaskini).
SEMAK JUMLAH STR IKUT KELAYAKAN
Oleh kerana jumlah bayaran STR mengikut kelayakan, anda boleh menyemak status kelayakan di Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Jumlah Bantuan STR akan dipaparkan mengikut kelayakan pemohon.
- Selesai.
BUTIRAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- 📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- 📱 Alamat e-Mel STR : [email protected]