JUMLAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : SEMAK AMAUN BAYARAN YANG AKAN DIPEROLEH PENERIMA YANG LAYAK FASA 1
Kadar kelayakan bayaran yang layak diterima oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada fasa permohonan bantuan diluluskan.
Berapakah jumlah bantuan tunai str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : UNTUK SEMAK PEMOHON YANG LAYAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; danPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | TOTAL KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | KADAR BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
Catatan : Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR secara berfasa untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu dimohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.
TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran Fasa 1, 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]