MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

Program Bantuan MyKasih diperluaskan untuk tahun 2026 bagi membantu lebih ramai rakyat. Penerima untuk tahun 2025 hanya seramai 5.4 juta dan untuk tahun 2026, kerajaan akan berikan kepada seramai 9 juta rakyat.

Bagaimanakah cara permohonan & semakan status MyKasih RM100 secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KADAR BAYARAN MYKASIH 2026

Bayaran Bantuan MyKasih untuk tahun 2026 adalah mengikut kadar berikut :

  • Kadar Bayaran MyKasih Setiap Bulan :
PENERIMA STATUS
‘MISKIN & MISKIN TEGAR’
PENERIMA STATUS
‘ASAS BUKAN MISKIN’
ISI RUMAH :
RM200 setiap bulan
(12 bulan = RM2,400)
ISI RUMAH :
RM100 setiap bulan
(12 bulan = RM1,200)
WARGA EMAS :
RM150 setiap bulan
(12 bulan = RM1,800)
WARGA EMAS :
RM50 setiap bulan
(12 bulan = RM600)
BUJANG :
RM100 setiap bulan
(12 bulan = RM1,200)
BUJANG :
RM50 setiap bulan
(12 bulan = RM600)
  • Kadar Bayaran MyKasih Sekaligus :
PENERIMA STATUS
‘MISKIN & MISKIN TEGAR’
PENERIMA STATUS
‘ASAS BUKAN MISKIN’
SEMUA RAKYAT
DEWASA MALAYSIA
ISI RUMAH :
RM100
ISI RUMAH :
RM100
ISI RUMAH :
RM100
WARGA EMAS :
RM100
WARGA EMAS :
RM100
WARGA EMAS :
RM100
BUJANG :
RM100
BUJANG :
RM100
BUJANG :
RM100

JADUAL BAYARAN MYKASIH RM100 2026

Pembayaran Bantuan MyKasih dilaksanakan mengikut jadual berikut :

JENIS PENYALURANTARIKH BAYARAN
Penyaluran Setiap BulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
Penyaluran SekaligusFebruari 2026

PERMOHONAN MYKASIH ONLINE 2026

Untuk mendapatkan Bantuan MyKasih setiap bulan, anda perlu memohon STR seperti berikut ;

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • *Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
    • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
    • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
    • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

PENDAFTARAN MYKASIH ONLINE 2026

Bagi pemohon yang berpendapatan bawah garis kemiskinan boleh mendaftar eKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2026

Selepas memohon dan mendaftar, anda boleh membuat semakan status secara online seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

PERINCIAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment