JADUAL TARIKH BAYAR STR 2026 – SEMAK BILA BAYARAN FASA 1 & KELAYAKAN PEMOHON
Pelaksanaan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu rakyat mengekalkan kestabilan kewangan dari semasa ke semasa terutamanya pada hari perayaan-perayaan besar di Malaysia.
Bilakah jadual tarikh bayaran STR 2026? Semak maklumat bayaran lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN 2026 RM2400 : SEMAKAN STATUS SIAPA YANG LAYAK TERIMA
JADUAL TARIKH BAYAR STR 2026
Bayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYAR STR |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Februari 2026 (Dijangka sebelum Tahun Baru Cina) |
| Fasa Kedua (2) | Mac / April 2026 (Dijangka sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri |
| Fasa Ketiga (3) | Ogos 2026 (Dijangka sebelum Hari Kebangsaan) |
| Fasa Keempat (4) | November 2026 (Dijangka sebelum Perayaan Deepavali) |
JUMLAH BAYAR STR SETIAP PENERIMA
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR kepada setiap penerima :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak – RM700.
- 1 / 2 anak – RM1,200.
- 3 / 4 anak – RM1,700.
- >5 anak – RM2,200.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- Tiada anak – RM200.
- 1 / 2 anak – RM450.
- 3 / 4 anak – RM700.
- >5 anak – RM950.
- Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 Tahun Ke Atas :
- Tiada anak – RM600.
- Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 Tahun :
- Diganti bayaran SARA.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Ikuti panduan cara semak kelayakan sebagai penerima STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYAR STR KEPADA PENERIMA
Berikut merupakan cara-cara bayaran Bantuan STR kepada penerima yang layak :
- Bayaran secara bersemuka tunai di kaunter Bank :
- Penerima yang tiada akaun bank atau tidak memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu mengambil wang Bantuan STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Bayaran tanpa bersemuka dikreditkan dalam akaun Bank :
- Penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap semasa permohonan perlu menunggu wang Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank.
RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]