TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH TAMAT TEMPOH BANTUAN MYKASIH ANDA
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC bakal tamat untuk tahun 2025 dan sekiranya penerima tidak menghabiskan duit tersebut sebelum tarikh akhir, duit tersebut akan ditarik balik dari IC penerima dan tidak boleh digunakan lagi.
Bilakah tarikh akhir tebus duit SARA dalam IC? Semak di bawah sekarang tarikh tamat tempoh anda.
BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1
TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA DALAM IC 2025
Semua penerima masih boleh tebus duit Bantuan SARA yang ada dalam IC. Namun haruskan sebelum tarikh akhir seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA DALAM IC |
|---|---|
| Setiap Bulan | 31/12/2025 (Rabu) |
| Sekali (One-Off) | 31/12/2025 (Rabu) |
CARA TEBUS DUIT SARA DALAM IC 2025
Ikuti cara mudah untuk tebus duit Bantuan SARA dalam IC seperti di bawah berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
JENIS BARANG BOLEH GUNA DUIT SARA DALAM IC
Terdapat lebih 900 jenis barangan dari pelbagai jenama yang boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan SARA dalam IC, antaranya ialah :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
SENARAI PREMIS BOLEH TEBUS SARA DALAM IC
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan SARA Dalam IC di mana-mana 7,800 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket;
- Serta pasar raya, kedai runcit dan pasar mini bebas yang berhampiran.
JUMLAH BAYARAN AKHIR DUIT SARA DALAM IC 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran duit Bantuan SARA dalam IC penerima untuk tahun 2025 :
- Penerima SARA Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
- Ketua Isi Rumah : RM200 sebulan (RM2,100 setahun).
- Individu Warga Emas : RM150 sebulan (RM1,650 setahun).
- Individu Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Penerima SARA Status ‘Asas Bukan Miskin’ :
- Ketua Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun).
- Individu Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun).
- Individu Bujang : Tiada.
CARA SEMAK BAKI DUIT SARA DALAM IC
Baki duit Bantuan SARA yang ada dalam IC boleh disemak dengan mudah melalui pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Tunggu pengsahan ‘Verifikasi’.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima dan jumlah baki (RM) Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]