BANTUAN IBU BERSALIN 2026 : SEMAKAN & PERMOHONAN
Para ibu mengandung yang ingin melahirkan anak, dan telah melahirkan anak dalam tempoh masa 3 bulan boleh membuat semakan kelayakan dan permohonan bantuan kewangan Ibu Bersalin dengan segera dalam tempoh yang diberikan.
Bagaimanakah semakan status dan cara permohonan bantuan ibu bersalin 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MY SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
BANTUNA IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam bentuk tunai kepada para ibu yang melahirkan anak tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan ini adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak;
- Membantu dalam memenuhi barangan keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti membeli makanan yang sihat, barangan penjagaan diri dalam tempoh berpantang.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu Mengandung;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
- Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.
Info Penting : Permohonan HANYA BOLEH dibuat bermula daripada selepas bersalin (melahirkan) atau dalam tempoh masa 3 bulan selepas bersalin, atau selepas bersalin pada usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja).
JUMLAH BANTUAN IBU BERSALIN 2026
Kadar bantuan yang diberikan kepada ibu yang melahirkan anak adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | RM450.00 |
CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak boleh di mohon secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Apply Now].
- Kemudian Pilih Post-Natal Assistance (Bantuan Ibu Bersalin), dan Klik [Apply Now].
- Login dengan menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah berjaya Login, tekan pada butang [Post-Natal Assistance] atau [Bantuan Ibu Bersalin] dan Isikan Maklumat Permohonan dengan lengkap dan tepat di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Save] untuk hantar permohonan anda.
- Klik [View Application] untuk semakan permohonan yang telah dihantar.
- Selesai.
PERKARA YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
Untuk memohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) anda perlu menyediakan :
- Akaun SarawakPass (dahulunya dikenali sebagai SarawakID) yang aktif dan telah disahkan;
- Akaun SPayGlobal yang aktif;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Kad Pengenalan Suami/Penjaga (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Sijil Perkahwinan sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
- Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan); dan
- Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.
SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU BERSALIN
Status Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
- Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
- Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan (Pejabat) : 082-374700
- Talian Bantuan (WhatsApp) : 014-6881398
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383