TARIKH BAYAR BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1
Dianggarkan seramai lebih 8.5 juta individu yang akan terima bayaran Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah untuk Fasa 1 dengan kadar bermula RM50 sehingga RM500 (bergantung kelayakan penerima) dan bayaran bakal dilaksanakan pada awal tahun 2026
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima & bila tarikh bayar Bantuan STR? Semak maklumat bayaran dan ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600 BANTUAN SARA)
AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Supaya rakyat mendapat Bantuan STR selayaknya, Kerajaan akan memberikan bayaran berdasarkan status kelayakan penerima dan mengikut jumlah anak yang ada. Bukan itu sahaja, Kerajaan akan turut berikan Bantuan SARA sebagai tambahan kepada penerima Bantuan STR :
- Isi Rumah B40 (Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal) :
| JENIS BANTUAN | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | >5 ANAK |
|---|---|---|---|---|
| STR | RM700 | RM1,200 | RM1,700 | RM2,200 |
| SARA | RM1,200 atau RM2,400 | RM1,200 atau RM2,400 | RM1,200 atau RM2,400 | RM1,200 atau RM2,400 |
- Isi Rumah M40 (Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal) :
| JENIS BANTUAN | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | >5 ANAK |
|---|---|---|---|---|
| STR | RM200 | RM450 | RM700 | RM950 |
| SARA | RM1,200 | RM1,200 | RM1,200 | RM1,200 |
- Warga Emas Berumur 60 Tahun Ke Atas & Tiada Pasangan) :
| JENIS BANTUAN | TIADA TANGGUNGAN |
|---|---|
| STR | RM600 |
| SARA | RM600 atau RM1,800 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda (Umur 21 – 59 tahun) :
| JENIS BANTUAN | TIADA ANAK |
|---|---|
| STR | – |
| SARA | RM600 atau RM1,200 |
CARA TERIMA BAYAR BANTUAN STR 2026
Bantuan STR bukanlah dibayar sekaligus. Namun, ianya akan dibayar secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa. Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran berikut :
- Bayaran secara tunai di kaunter bank :
- Penerima yang tiada maklumat akaun bank perlu membuat tuntutan Bantuan STR di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat atau di mana-mana pusat yang bersesuaian akan dimaklumkan kepada penerima pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Bayaran secara pengkreditan tunai dalam akaun bank :
- Penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun bank dalam permohonan perlu menunggu bayaran Bantuan STR dimasukkan dalam akaun bank dalam tempoh 3 hingga ke 5 hari bekerja dari tarikh yang diumumkan.
TARIKH BAYAR BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR kebiasaannya dilakukan sebelum apa-apa perayaan besar di Malaysia seperti ‘Tahun Baru Cina’, ‘Hari Raya Aidilfitri’, ‘Hari Deepavali’ dan sebagainya untuk membantu meringankan bebanan rakyat dalam membuat persiapan.
- Fasa 1 : Februari 2026.
- (Mungkin sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan).
- Fasa 2 : Mac 2026.
- Fasa 3 : Ogos 2026.
- Fasa 4 : Oktober 2026.
*Nota : Tarikh bayaran Bantuan STR di atas akan dikemaskini kerana ianya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF).
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Walaupun permohonan Bantuan STR dibuka sepanjang tahun. Namun, untuk penerimaan bayaran Fasa 1, permohonan hanya dibuka sehingga 28 November 2025 sahaja. Bagi yang telah memohon, anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima seperti berikut :
- Klik terus pada pautan laman web rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau anda boleh hubungi talian rasmi seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]