BILA SEMAK STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1
Agihan Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dan bukanlah secara sekaligus. Pembayaran fasa 1 bakal diberikan kepada individu yang berjaya memohon sebelum 28 November 2025.
Bilakah boleh semak status kelayakan penerima bayaran STR? Sila baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC RM2400 2026 : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & IKUTI CARA MOHON
BILA SEMAK STR 2026
Portal MySTR yang rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sentiasa dibuka dan semua pemohon boleh membuat semakan status pada bila-bila masa sahaja. Namun, status kelayakan akan dipaparkan apabila permohonan diterima dan disahkan layak bagi yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
KRITERIA PENERIMA STR 2026
Berikut adalah kriteria kelayakan penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 :
- Kelayakan Isi Rumah :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- Kelayakan Bujang :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Belum berkahwin atau Balu / duda / janda (tiada anak) |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau OKU 19 tahun ke atas |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 |
| Status Pendidikan | Tamat belajar |
- Kelayakan Warga Emas :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat) |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
CARA SEMAK STR 2026
Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan permohonan Bantuan STR seperti berikut :
- Klik terus pada pautan laman web rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR AGIHAN STR 2026
Supaya rakyat mendapat bantuan selayaknya, Kerajaan akan agihkan Bantuan STR mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Agihan Kepada Isi Rumah :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR AGIHAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 (Tiada anak) RM1,200 (1-2 anak) RM1,700 (3-4 anak) RM2,200 (>5 anak) |
| Isi Rumah M40 | RM200 (Tiada anak) RM450 (1-2 anak) RM700 (3-4 anak) RM950 (>5 anak) |
- Agihan Kepada Warga Emas & Bujang :
| KELAYAKAN PEENRIMA | KADAR AGIHAN STR |
|---|---|
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
KAEDAH AGIHAN STR 2026
Berikut adalah kaedah agihan Bantuan STR kepada penerima-penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH AGIHAN STR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Diagihkan terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat melalui sistem bayaran ‘IBG Fund Transfer’ |
| Penerima Tiada Akaun Bank, Penerima Status ‘Gagal Kredit dan Penerima Pedalaman | Diagihkan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JADUAL AGIHAN STR 2026
Bantuan STR akan diagihkan secara ansur berfasa mengikut jadual berikut :
| FASA AGIHAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari atau Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac atau April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]