BILA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 4

BILA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 4

Bagi pemohon yang telah berjaya memohon sebelum bulan November 2026, kini boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 pada bila-bila masa secara atas talian (online).

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN IC RM1200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON

SYARAT PENERIMA STR 2026

Untuk lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berpasangan (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal ( ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
  • Kelayakan Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kelayakan Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Kategori dan kelayakan penerima diukur supaya mendapat jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang selayaknya. Berikut adalah jumlah bayaran untuk tahun 2026 :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
BujangDiganti dengan SARA
  • Jumlah Bayaran Setiap Fasa :
PERINGKAT
FASA
ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40WARGA EMAS
Fasa 1RM150 – RM500
(mengikut jumlah
anak)
RM100 – RM300
(mengikut jumlah
anak)
RM150
Fasa 2RM150 – RM600
(mengikut jumlah
anak)
RM100 – RM250
(mengikut jumlah
anak)
RM150
Fasa 3RM150 – RM600
(mengikut jumlah
anak)
RM150 – RM250
(mengikut jumlah
anak)
RM150
Fasa 4RM100 – RM500
(mengikut jumlah
anak)
RM100 – RM200
(mengikut jumlah
anak)
RM150

BILA SEMAKAN STR 2026

Setelah anda kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja kerana laman portal rasmi MySTR sentiasa dibuka untuk semakan, kemaskini dan sebagainya.

CARA SEMAKAN STR 2026

Turuti panduan berkaitan cara-cara untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman log masuk STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman ‘Log Masuk STR’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
  4. Terus klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Nama pemohon akan dipaparkan sebagai [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Sekiranya nama tersebut betul, sila klik butang [Ya].
  7. Masukkan [Kata Laluan] berdasarkan yang telah ditetapkan.
  8. Kemudian, terus klik pada butang [Log Masuk].
  9. Jika log masuk berjaya, [Dashboard] STR akan dipaparkan.
  10. Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan berperingkat Fasa 1, 2, 3 dan 4 mengikut tarikh-tarikh yang berbeza seperti jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 120 Januari – 25 Januari 2026
Fasa 210 Mac – 30 Mac 2026
Fasa 315 Ogos – 25 Ogos 2026
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini)

MAKLUMAT LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

*PENAFIAN : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan.

Leave a Comment