PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (DAFTAR ONLINE SEKARANG)

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (DAFTAR ONLINE SEKARANG)

Kerajaan Madani memperkenalkan inisiatif Bantuan MyKad Madani / Sumbangan Asas Rahmah sebagai sebuah bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dalam menempuh peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

Bagaimanakah permohonan Bantuan MyKad Madani? Ikuti panduan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (FASA 4 BANTUAN RM900)

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI 2026

Jumlah Bantuan MyKad Madani dikreditkan sepadan dengan kategori serta kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH KREDIT
BANTUAN MYKAD MADANI
Bujang Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
  • Kategori Berkeluarga :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH KREDIT
BANTUAN MYKAD MADANI
Isi Rumah Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH KREDIT
BANTUAN MYKAD MADANI
Warga Emas Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
Warga Emas Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

PROSES KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI

Bantuan MyKad Madani bukan dikreditkan begitu sahaja. Namun, perlu melalui proses seperti berikut :

  1. Anda memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Permohonan anda disahkan ‘Lulus’.
  3. Anda akan secara automatik menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah serta Bantuan MyKad (Sumbangan Asas Rahmah)
  4. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dimasukkan dalam MyKad anda.
  5. Setelah elaun dimasukkan dalam MyKad, anda boleh pergi ke premis yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  6. Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
  7. Buat bayaran menggunakan MyKad dan pastikan baki mencukupi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKad Madani untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan Penerima Berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur kategori :
      • Bujang – 21 hingga 59 tahun.
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
    • Belum berkahwin / berkahwin (ada / tiada anak) / balu / duda / janda.
    • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) serta tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
    • Lulus permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Kelayakan Penerima Berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ :
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur kategori :
      • Bujang – 21 hingga 59 tahun.
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
    • Belum berkahwin / berkahwin (ada / tiada anak) / balu / duda / janda.
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
    • Lulus permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026

Anda akan mendapat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan secara automatik juga dapat Bantuan MyKad Madani sekiranya lulus permohonan di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

PANDUAN PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI

Sekiranya anda berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa, anda boleh mendapatkan jumlah Bantuan MyKad Madani yang banyak dengan mendaftar e-Kasih sebagai penerima yang berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’.

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Untuk rujukan / atau pertanyaan lebih lanjut, hubungi talian atau klik pautan laman di bawah :

Leave a Comment