CHECK BAKI SARA ONLINE : CARA SEMAK DUIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD ANDA (PANDUAN LENGKAP)
Baki atau kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad yang tidak digunakan atau dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir program, tidak lagi akan di bawa ke bulan seterusnya dan akan luput secara automatik.
Bagaimanakah cara check baki sara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK : SEMAKAN & PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN SARA
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Status kelayakan SARA boleh di semak secara online di Portal Rasmi SARA.
CARA CHECK BAKI SARA
Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi SARA;
- Aplikasi MyKasih;
- Kaunter Juruwang di Pasar Raya berdaftar SARA;
- Resit pembelian barangan SARA.
CHECK BAKI SARA ONLINE
Berikut merupakan panduan lengkap cara check baki SARA secara online :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CHECK JADUAL BAYARAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
KADAR KELAYAKAN BAYARAN SARA
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
CARA GUNA KREDIT SARA
Penerima SARA boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026