BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA & CARA PERMOHONAN

BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA & CARA PERMOHONAN

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2026 bakal membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk turut menikmati bantuan bulanan melalui IC di mana kelayakan penerima diperluaskan kepada semua penerima STR termasuk penerima yang tiada dalam senarai eKasih.

Bagaimanakah semakan status dan cara permohonan bantuan ic rm2400? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2026 : SEMAK STATUS ANDA SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC

Syarat Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih; dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

KADAR BANTUAN DALAM IC

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan ke dalam IC penerima untuk sesi 2026 seperti berikut:

  • SARA eKasih (STR & eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM2,400RM200 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
  • SARA bukan eKasih (STR Sahaja)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)

PROGRAM BANTUAN DALAM IC 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

  • SARA eKasih (STR & berstatus eKasih) : Januari – Disember 2026;
  • SARA bukan eKasih (STR Sahaja) : Januari – Disember 2026;
  • SARA ONE-OFF RM100 (Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas) : Pertengahan Februari 2026.

SEMAKAN STATUS BANTUAN IC RM2400

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar bantuan adalah mengikut kelayakan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN IC

Kelayakan penerima bantuan dalam IC 2026 (SARA) adalah secara automatik kepada penerima STR tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun, status menunjukkan tidak layak atau anda belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH

Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment