CARA PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA, JIKA LAYAK SEGERA MOHON TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SEBELUM TARIKH TUTUP
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak untuk menerima bantuan dalam bentuk barangan asas sebagai bantuan tambahan untuk memenuhi keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah cara permohonan str tambahan? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU STR TAMBAHAN?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan Kerajaan dalam bentuk wang tunai golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang benar-benar berkelayakan untuk meringankan beban kewangan penerima dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Manakala, STR Tambahan ialah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam bentuk barangan asas bagi memenuhi keperluan asas penerima secara bulanan.
CARA PELAKSANAAN STR TAMBAHAN
STR Tambahan dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan dilaksanakan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Secara tanpa (cashless) melalui IC/MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Pengkreditan secara bulanan;
- Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data STR dan Sistem eKasih.
- Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.
- Contoh barangan keperluan asas yang diluluskan :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minuman;
- Makanan Dalam tin;
- Bahan perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Persekolahan;
- Produk Kebersihan Rumah;
- Barangan ini boleh didapati di kedai yang berdaftar Program SARA di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR TAMBAHAN
Syarat Kelayakan STR Tambahan 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Jumlah bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | BERDAFTAR EKASIH (STR & EKASIH) | BUKAN EKASIH (STR SAHAJA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Setiap Bulan) | RM1,200 (RM100 Setiap Bulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Setiap Bulan) | RM600 (RM50 Setiap Bulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Setiap Bulan) | RM600 (RM50 Setiap Bulan) |
CARA PERMOHONAN STR TAMBAHAN
Kelayakan penerima bantuan tambahan STR (SARA) adalah secara automatik berdasarkan penerima STR tanpa sebarang permohonan diperlukan. Namun, sekiranya anda belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 untuk melayakkan anda menerima bantuan tambahan STR.
Permohonan STR secara online adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
CARA PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH
Individu yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan SARA yang berdaftar eKasih.
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
SeSebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026