SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Terkini! Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diteruskan lagi untuk sesi 2026 dengan, peningkatan kadar bantuan SKAS 2026 kepada RM640 juta yang akan memberikan manfaat kepada lebih satu juta rakyat di Sarawak.

Bagaimanakah cara permohonan skas 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN SKAS 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARAWAK BARU (RM950 & RM500 & RM300)

CARA PELAKSANAAN SKAS 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dilaksanakan seperti berikut :

  • Bantuan kewangan secara tanpa tunai (cashless);
  • Pembayaran setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun);
  • Kredit bantuan disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet);
  • Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar;
  • Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak.

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;

Kategori Penerima

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Tiada had umur.
  • Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  • Warga Emas
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

KADAR KELAYAKAN SKAS 2026

Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun) dengan jumlah sebanyak :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SKAS (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM950
(RM316 SETIAP FASA)
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM500
(RM166 SETIAP FASA)
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM300
(RM100 SETIAP FASA)

CARA MOHON SKAS 2026

Permohonan Bantuan SKAS Sarawak tahun 2026 masih belum dibuka. Namun, kelayakan penerima SKAS adalah secara automatik berdasarkan penerima STR 2024 tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun begitu, sekiranya anda layak menerima bantuan SKAS tetapi tidak tersenarai sebagai penerima, anda boleh mengemukakan permohonan menggunakan SarawakPass, dan jika belum mempunyai SarawakPass, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu.

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL untuk menerima pembayaran, pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari :
    • Google Play Store (pengguna Android);
    • Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
  4. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
  5. Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
  6. Selesai.

SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2026

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
    https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  2. Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  4. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan tanpa (-)
  5. Tekan [Search].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment