SEMAKAN BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November 2025 telah dikreditkan ke dalam MyKad. Baki yang tidak digunakan akan di bawa ke bulan seterusnya, dan sah digunakan sehingga akhir tahun 2025.
Bagaimanakah semakan bayaran duit bantuan sara dalam mykad fasa november 2025? Ikuti Info lanjut disini.
PORTAL SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Semakan status bayaran boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA di pautan berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
SEMAKAN BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA November 2025 secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November telah dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak pada tarikh berikut :
- Tarikh Kredit November 2025 : 1 November 2025 (Sabtu)
- Tarikh Luput : 31 Disember 2025 (Rabu)
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir, akan luput secara automatik.
SIAPA LAYAK BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025?
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
CARA GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]