BANTUAN EWALLET 2026 RM300 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN
Permohonan bantuan keluarga Selangor melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi menampung perbelanjaan barang keperluan asas, kelengkapan pendidikan dan kesihatan penerima. Permohonan boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status dan permohonan bantuan ewallet 2026 rm300? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN EWALLET RM300?
Bantuan e-Wallet RM300 di sini merujuk kepada bantuan kewangan tanpa tunai melalui akaun e-Wallet SELANGKAS yang dilaksanakan di bawah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini disalurkan secara bulanan untuk memenuhi keperluan asas melalui perbelanjaan barangan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET RM300
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Cara semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300
Permohonan baharu diperlukan sekiranya :
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BINGKAS 2026; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah yang menepati syarat kelayakan;
| TARIKH PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan |
Panduan lengkap permohonan bantuan BINGKAS secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
CARA GUNA DUIT BANTUAN EWALLET RM300
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/