BANTUAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK ANDA, JIKA LAYAK RUJUK CARA MOHON

BANTUAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK ANDA, JIKA LAYAK RUJUK CARA MOHON

Berdasarkan ucapan daripada Perdana Menteri, semua rakyat yang berjaya memohon Bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan terima dua (2) jenis bayaran, iaitu bayaran Bantuan STR dan juga tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak status dan cara mohon Bantuan MySTR Tambahan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI MYKAD : PANDUAN LENGKAP CHECK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DI DALAM IC ANDA

KADAR BANTUAN MYSTR TAMBAHAN 2026

Selain Bantuan MySTR, 9 juta rakyat yang berjaya memohon juga akan terima bayaran tambahan yang berjumlah minima RM600 sehingga maksimum sebanyak RM2,400 setahun. Berikut adalah kadar Bantuan MySTR dan tambahan :

  • Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) :
JUMLAH
ANAK
KADAR BANTUAN
MYSTR
KADAR BANTUAN
TAMBAHAN
TiadaRM700Daftar eKasih : RM2,400
atau
Bukan eKasih : RM1,200
1 – 2 orangRM1,200Daftar eKasih : RM2,400
atau
Bukan eKasih : RM1,200
3 – 4 orangRM1,700Daftar eKasih : RM2,400
atau
Bukan eKasih : RM1,200
5 orang &
ke atas
RM2,200Daftar eKasih : RM2,400
atau
Bukan eKasih : RM1,200
  • Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) :
JUMLAH
ANAK
KADAR BANTUAN
MYSTR
KADAR BANTUAN
TAMBAHAN
TiadaRM200RM1,200
1 – 2 orangRM450RM1,200
3 – 4 orangRM700RM1,200
5 orang &
ke atas
RM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan (B40 & M40) :
JUMLAH
ANAK
KADAR BANTUAN
MYSTR
KADAR BANTUAN
TAMBAHAN
Tiada anak yang
menepati syarat
RM600Daftar eKasih : RM1,800
atau
Bukan eKasih : RM600
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak (B40) :
JUMLAH
ANAK
KADAR BANTUAN
MYSTR
KADAR BANTUAN
TAMBAHAN
TiadaDaftar eKasih : RM1,200
atau
Bukan eKasih : RM600

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Hanya rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima bayaran Bantuan MySTR Tambahan. Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah termasuk :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Kategori : Isi rumah, warga emas dan bujang.
  • Status Permohonan MySTR 2026 : Lulus dan Layak.
  • Kadar Pendapatan : Bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
  • Rekod eKasih : Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2025.

CARA MOHON BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Untuk mendapatkan Bantuan MySTR bersama Bantuan Tambahan bagi tahun 2026, rakyat perlu kemukakan permohonan di Portal Rasmi MySTR sahaja mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Setelah berjaya menghantar permohonan Bantuan MySTR, status kelayakan sebagai penerima Bantuan MySTR dan tambahan boleh disemak secara online melalui Portal MySTR seperti berikut :

  1. Pergi ke bahagian log masuk MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan Nombor MyKad pada ruang tersebut.
  3. Kemudian, klik butang [Semak].
  4. Klik butang [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
  5. Seterusnya, masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
  6. Klik butang [Log Masuk] di bawah.
  7. Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  8. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Bantuan MySTR dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa. Namun, pengkreditan Bantuan Tambahan dilaksanakan secara ansur setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH PENGKREDITAN
1.Januari 2026
2.Februari 2026
3.Mac 2026
4.April 2026
5.Mei 2026
6.Jun 2026
7.Julai 2026
8.Ogos 2026
9.September 2026
10.Oktober 2026
11.November 2026
12.Disember 2026

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment