CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SILA SEMAK STATUS MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Supaya nama penerima / pemohon tidak tercicir sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, setiap penerima / pemohon boleh membuat semakan status maklumat permohonan sama ada ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Dalam Proses’ atau ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
Bagaimanakah cara semakan Bantuan STR 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN HASIL STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Penerima yang disahkan ‘Layak’ menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mereka yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan kepada setiap kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibubapa tunggal (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 – RM5,000 (M40) |
- Kategori Warga Emas :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 60 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak umur bawah 21 tahun) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 |
- Kategori Bujang :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 21 – 59 tahun atau OKU 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 |
| Status Pendidikan | Tamat belajar (Bukan tanggungan) |
CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2026
Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web Portal Rasmi STR yang disediakan oleh Kerajaan. Ikuti cara semakan yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari laman Log Masuk STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Bahagian Log Masuk akan dipaparkan.
- Terus masukkan No Kad Pengenalan pada ruang disediakan.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
- Klik pada butang [Semak].
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka / Dashboard akan dipaparkan.
- Klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI BAYARAN BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap kategori ditetapkan dengan nilai yang berbeza sepadan dengan kategori dan kelayakan penerima. Selain itu, setiap kategori juga akan terima bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN STR | NILAI BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 1. RM700 (tiada anak). 2. RM1,200 (1-2 anak). 3. RM1,700 (3-4 anak). 4. RM2,200 (>5 anak). | RM1,200 (STR biasa) atau RM2,400 (STR eKasih) |
| Isi Rumah M40 | 1. RM200 (tiada anak). 2. RM450 (1-2 anak). 3. RM700 (3-4 anak). 4. RM950 (>5 anak). | RM1,200 (STR biasa) |
| Warga Emas | RM600 | RM600 (STR biasa) atau RM1,800 (STR eKasih) |
| Bujang | – | RM600 (STR biasa) atau RM1,200 (STR eKasih) |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan ianya dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | BULAN BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila rujuk :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]