CARA MOHON MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS ANDA JIKA LAYAK, RUJUK PANDUAN BUAT PERMOHONAN ONLINE INI
Lebih ramai bakal menerima manfaat bantuan bulanan melalui Program MyKasih pada tahun 2026, termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan untuk memenuhi keperluan barangan asas.
Bagaimanakah cara mohon mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BINGKAS SELANGOR 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN INI
APA ITU MYKASIH?
MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas yang diberikan secara automatik kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan secara bulanan.
Oleh itu, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima pengkreditan SARA secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 (RM50 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
CARA MOHON MYKASIH 2026
Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Oleh itu, individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2026
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]