BANTUAN DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA REGISTER PERMOHONAN

BANTUAN DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA REGISTER PERMOHONAN

Bantuan tanpa tunai (cashless) melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan bagi tahun 2026, disertakan penambahbaikan membolehkan semua kategori termasuk Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan layak menerima bantuan dalam bentuk barangan asas.

Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan dalam ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK KE TIDAK BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Dalam IC (SARA) 2026 mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

BANTUAN DALAM IC 2026

Ringkasan pembayaran Bantuan Dalam IC (SARA) 2026 seperti berikut :

  • Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM1,200 setahun (RM100 sebulan);
  • Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan);

Catatan : Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam IC/MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.

KADAR BANTUAN DALAM IC 2026

Jumlah Bantuan Dalam IC (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR SARA
(BERSTATUS EKASIH)
KADAR SARA
(BUKAN EKASIH)
Isi Rumah RM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara semakan status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Cara semakan status di Portal MySTR :

  1. Layari Portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik (Semakan Status Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Panduan lengkap pendaftaran Sistem eKasih bagi penerima Miskin dan Miskin Tegar :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

BARANGAN BOLEH DITEBUS GUNA IC

Berikut merupakan kategori barangan SARA yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
  • Barangan Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Lantai
  • Makanan Sejuk Beku : Ayam Beku / Makanan Laut Beku

CARA TEBUS BANTUAN DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment