CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ANDA SEGERA

CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ANDA SEGERA

8.8 juta penerima sedia ada yang telah memohon dan berjaya menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, boleh menyemak status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima bayaran untuk tahun 2026.

Bagaimanakah cara semakan STR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN : SEMAK STATUS MELALUI LOGIN PORTAL BARU MYSTR

KADAR BANTUAN STR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada setiap kategori dengan kadar yang ditetapkan mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
JUMLAH
TANGGUNGAN
ISI RUMAH
B40
ISI RUMAH
M40
TiadaRM700
+RM1,200
RM200
+RM1,200
1 – 2 orangRM1,200
+RM1,200
RM450
+RM1,200
3 – 4 orangRM1,700
+RM1,200
RM700
+RM1,200
5 orang ke atasRM2,200
+RM1,200
RM950
+RM1,200
*Tambahan (+) di atas merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan isi rumah yang berdaftar eKasih akan menerima tambahan sebanyak RM2,400 setahun.
  • Kategori Warga Emas :
JUMLAH
TANGGUNGAN
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
TiadaRM600
+RM600
*Tambahan (+) di atas merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  • Kategori Bujang :
JUMLAH
TANGGUNGAN
BUJANG / BALU /
DUDA / JANDA
TiadaRM0
+RM600
*Individu bujang hanya akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 setahun.

KELAYAKAN STR 2026

Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang bagi tahun 2026 :

ISI RUMAH :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Berkahwin (ada atau tiada anak);
  • Balu / bercerai (ada anak);
  • Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
  • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).

WARGA EMAS :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BUJANG :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
  • Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
  • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

CARA DAFTAR AKAUN STR 2026

Sebelum membuat semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda perlu mendaftar akaun baharu di portal STR 2026 seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. Terus klik butang [LOG MASUK].
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang [Semak].
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
  7. ⁠Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
    • Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
    • Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  15. ⁠Terus klik butang [Seterusnya].
  16. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  17. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
  18. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  19. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  20. ⁠Selesai.

CARA SEMAKAN STR 2026

Setelah mendaftar akaun baharu, anda boleh mula membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

  • Adakah permohonan STR 2026 telah dibuka?
    • Ya, permohonan STR untuk penerimaan Fasa 1 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025.
  • Berapakah kadar Bantuan STR yang akan diterima oleh rakyat Bujang bagi tahun 2026?
    • Rakyat berumur 21 hingga 59 yang merupakan individu bujang / balu / duda / janda yang tiada anak hanya akan menerima Bantuan SARA sebanyak RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
  • Bilakah bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026?
    • Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 lazimnya dikreditkan pada bulan Januari dan Februari. Namun tarikh bayaran Fasa 1 untuk tahun 2026, masih belum diketahui.
  • Berapa ramaikah rakyat yang akan menerima bayaran Bantuan STR 2026?
    • Kerajaan menyasarkan bayaran Bantuan STR 2026 kepada seramai 9 juta rakyat Malaysia yang layak.
  • Adakah 9 juta rakyat perlu memohon Bantuan STR 2026?
    • Ya, permohonan Bantuan STR sentiasa dibuka untuk rakyat yang layak memohon.

RUJUKAN STR

Semua maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan capaian orang ramai berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk rujukan lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, sila buat rujukan daripada pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment