SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 dan penerima sedia ada yang telah menerima bayaran tahun 2025 boleh mengetahui status kelayakan untuk tahun 2026 secara online.
Bagaimanakah semakan Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MAYBANK STR FASA 4 : BILA MASUK?
SYARAT PENERIMA BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan STR bagi tahun 2026 mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | Tiada had umur |
Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) RM2,501 – RM5,000 (M40) |
Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Bercerai (ada anak) |
- Warga Emas :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 60 tahun ke atas |
Kadar Pendapatan | Bawah RM5,000 |
Status Perkahwinan | Tiada pasangan / balu / duda / janda |
- Bujang :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 21 hingga 59 tahun |
Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 |
Status Perkahwinan | Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak) |
Status Pendidikan | Bukan pelajar sepenuh masa |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 adalah bermula RM200 sehingga RM2,200. Namun, setiap kategori akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700. 1 – 2 : RM1,200. 3 – 4 : RM1,700. 5 ke atas : RM2,200. |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200. 1 – 2 : RM450. 3 – 4 : RM700. 5 ke atas : RM950. |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | – |
JUMLAH TAMBAHAN STR 2026
Selain itu juga, bantuan tambahan kepada penerima STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga dibayar mengikut jumlah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH TAMBAHAN STR |
---|---|
Isi Rumah Miskin (B40 & daftar eKasih) | RM2,400 |
Isi Rumah Asas (B40 & M40) | RM1,200 |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
DAFTAR AKAUN BAHARU STR 2026
Sebelum membuat semakan status, penerima sedia ada perlu mendaftar akaun STR yang baharu seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
- Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang [Seterusnya].
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN STR 2026
Setelah itu, status kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR 2026
Pihak kami menulis artikel ini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk rujukan lebih lanjut, sila hubungi atau emelkan ke talian di bawah berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]