SEMAK STR 2026 : BAYARAN FASA 2

SEMAK STR 2026 : BAYARAN FASA 2

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terus menjadi antara bantuan tunai terbesar yang disalurkan oleh kerajaan dengan jumlah peruntukan yang besar bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan bukan sahaja meneruskan bantuan ini, malah menambah baik mekanisme agihan supaya golongan B40 dan sebahagian M40 menerima bantuan secara lebih tersasar. Bagi tahun 2026, penyelarasan data melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) turut memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat penerima adalah tepat serta mengelakkan keciciran dalam kalangan rakyat yang layak.

Salah satu penambahbaikan utama dalam STR 2026 ialah pengukuhan komponen Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang kini dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Bantuan SARA diberikan secara bulanan kepada kategori miskin dan miskin tegar melalui kaedah tanpa tunai menggunakan MyKad, sekali gus membantu penerima mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah. Dengan integrasi antara STR dan SARA, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima oleh sesebuah keluarga yang layak boleh menjadi lebih tinggi dan memberi impak langsung kepada perbelanjaan harian isi rumah.

Kini, selepas pelaksanaan pembayaran awal tahun, perhatian ramai beralih kepada pembayaran STR Fasa 2 2026 yang dijangka melibatkan penerima yang telah disahkan layak serta mereka yang telah mengemas kini maklumat dalam sistem MySTR. Memandangkan terdapat proses semakan data secara berkala melalui integrasi agensi kerajaan, pemohon digalakkan untuk membuat semakan status STR 2026 bagi memastikan mereka masih tersenarai sebagai penerima yang lulus serta tidak terlepas maklumat berkaitan pembayaran fasa seterusnya.

Bagaimanakah cara semak STR 2026 Fasa 2 secara online? Ikuti info lanjut dan panduan lengkap di sini.

Baca juga: SEMAK BAYARAN SKAS 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA FASA 1

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Pemohon yang perlu membuat permohonan ialah permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan STR 2023, STR 2024 & STR 2025 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah/Sarawak. Selain itu, penerima STR 2025 yang mempunyai perubahan maklumat atau pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2025. Manakala dari segi syarat kelayakan bagi memohon STR 2026 Fasa 2 adalah seperti yang berikut:

ISI RUMAH (STR & SARA)

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap dan berkerja di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MYKAS).

Anak

  • Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
    • 18 tahun dan ke bawah; atau
    • 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (STR & SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

BUJANG (SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dijadualkan disalurkan kepada penerima yang layak dalam beberapa fasa sepanjang tahun 2026. Bagi Fasa 2, Kerajaan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi bilakah bantuan tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak. Seandainya terdapat perkembangan terbaharu, pihak kami akan terus update tarikh berkenaan di sini.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti yang berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 dan Ke Bawah
Bilangan AnakJumlah STR
(Setahun)
Jumlah SARA
(Setahun)
Jumlah Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada Anak (0)RM700RM1,200RM1,900
Anak 1 hingga 2RM1,200RM1,200RM2,400
Anak 3 hingga 4RM1,700RM1,200RM2,900
Anak 5 ke atasRM2,200RM1,200RM3,400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan AnakJumlah STR
(Setahun)
Jumlah SARA
(Setahun)
Jumlah Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada Anak (0)RM200RM1,200RM1,400
Anak 1 hingga 2RM450RM1,200RM1,650
Anak 3 hingga 4RM700RM1,200RM1,900
Anak 5 ke atasRM950RM1,200RM2,150
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Jumlah STR
(Setahun)
Jumlah SARA
(Setahun)
Jumlah Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600RM1,200
  • Bujang
Jumlah STR
(Setahun)
Jumlah SARA
(Setahun)
Jumlah Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600

KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 2

Berikut merupakan kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 2 yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap kategori penerima yang layak:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR 2026 FASA 2
Isi Rumah
Berpendapatan Bulanan RM 2500 dan Ke Bawah
Tiada anak : Belum Dinyatakan Secara Rasmi
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak ke atas : –
Isi Rumah
Berpendapatan Bulanan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada anak : –
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak ke atas : –
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Bulanan RM 5000 dan Ke Bawah
Bujang
Berpendapatan Bulanan RM 2500 dan Ke Bawah
Dibayar melalui SARA: RM50 sebulan

DAFTAR AKAUN PORTAL MYSTR 2026

Panduan lengkap bagi daftar akaun baharu untuk pemohon di Portal MySTR 2026 adalah seperti berikut:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website MySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No. Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No. Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat E-mel yang anda sentiasa guna di ruangan E-mel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima E-mel Pendaftaran Akaun MySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk MySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke MySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

SEMAK STR 2026

Cara semak status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi semak STR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; dan
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk semak STR 2026, anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

S: Siapakah yang layak menerima bantuan SARA 2026? J: Semua penerima yang lulus STR 2026 (kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang) layak menerima bantuan SARA. Bagi kategori Miskin/Miskin Tegar e-Kasih, mereka akan menerima kadar yang lebih tinggi iaitu RM200 sebulan.

S: Saya sudah menerima STR tahun lepas, adakah saya perlu memohon semula untuk tahun 2026? J: Secara amnya, pemohon sedia ada yang datanya tiada perubahan tidak perlu memohon semula. Walau bagaimanapun, anda diwajibkan mengemas kini permohonan jika maklumat anda tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut atau terdapat perubahan status (cth: dari bujang ke berkahwin).

S: Mengapa status permohonan saya “Tidak Lulus”? J: Terdapat beberapa sebab, antaranya pendapatan bulanan melebihi had kelayakan (RM5,000 untuk isi rumah/RM2,500 untuk bujang), maklumat pasangan yang tidak lengkap, atau pemohon merupakan pelajar sepenuh masa IPT.

S: Bilakah tempoh Rayuan STR 2026 dibuka? J: Bagi mereka yang gagal dalam permohonan Fasa 1, tempoh kemas kini dan rayuan dibuka bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026.

S: Adakah pelajar IPT layak memohon STR kategori Bujang? J: Tidak. Pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa tidak layak memohon sebagai individu bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan sebagai anak/tanggungan di bawah permohonan isi rumah ibu bapa mereka.

S: Di manakah semakan rasmi boleh dilakukan? J: Semakan status hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pastikan anda tidak menekan sebarang pautan palsu dari SMS atau WhatsApp.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib di bawah ini:

  • Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment