DUIT STR FASA 4 2025 MULA DI SALURKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

DUIT STR FASA 4 2025 MULA DI SALURKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Secara automatil duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 disalurkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan bermula pada hari ini dan secara berperingkat. Namun, penerima yang tiada akaun perlu menuntut bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat pada hari Selasa.

Bagaimanakah semak duit STR Fasa 4 2026 mula disalurkan? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH)

💰 DUIT STR FASA 4 2025 MULA DI SALURKAN

Bermula pada hari ini, duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah mula disalurkan kepada penerima sedia ada dan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion termasuk 200,000 penerima baharu yang akan menerima bayaran untuk bulan November 2025.

Kelegaan kewangan segenap lapisan rakyat di Malaysia menjelang sambutan Deepavali ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan dengan adanya duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4.

👫 BILANGAN PENERIMA STR FASA 4 2025

Susulan daripada pembukaan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sepanjang tahun sehingga 30 September 2025, membolehkan lebih ramai rakyat yang layak untuk berpeluang menerima bayaran STR Fasa 4 2025.

  • Fasa 1 : 8.3 juta penerima.
  • Fasa 2 : 8.5 juta penerima.
  • Fasa 3 : 8.6 juta peneima.
  • Fasa 4 : 8.8 juta penerima.

Merangkumi bilangan penerima setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
Isi Rumah B403.1 juta
Isi Rumah M401.0 juta
Warga Emas1.3 juta
Bujang3.4 juta

🗓️ TARIKH DUIT STR FASA 4 2025 DI SALURKAN

Penyaluran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah dilaksanakan secara berkala dan berperingkat kepada 8.8 juta penerima melalui akaun bank yang didaftarkan dan penyaluran tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah tarikh STR Fasa 4 disalurkan :

  • PENERIMA SEDIA ADA :
JENIS PENERIMAANTARIKH STR FASA 4 DISALURKAN
Pengkreditan dalam akaun18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025
Pembayaran tunai di BSNBermula 21 Oktober 2025
  • PENERIMA BAHARU :
JENIS PENERIMAANTARIKH STR FASA 4 DISALURKAN
Pengkreditan dalam akaunBermula 13 November 2025
Pembayaran tunai di BSNBermula 13 November 2025

💸 JUMLAH DUIT STR FASA 4 2025 DI SALURKAN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan disalurkan sehingga RM700. Namun, tidak semua penerima akan menerima jumlah duit yang sama kerana penyaluran adalah tertakluk kepada kategori dan kelayakan seperti berikut :

Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :

  • RM200 (tiada anak).
  • RM350 (1 – 2 orang anak).
  • RM500 (3 – 4 orang anak).
  • RM700 (5 orang atau lebih).

Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :

  • RM100 (tiada anak).
  • RM150 (1 – 2 orang anak).
  • RM250 (3 – 4 orang anak).
  • RM350 (5 orang atau lebih).

Warga Emas Tiada Pasangan :

  • RM150 (setiap individu).

Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun :

  • RM150 (setiap individu).

📝 SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025

Semua penerima dan pemohon boleh mengetahui status kelayakan sama ada ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’ menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sekiranya berstatus ‘Lulus’, penerima boleh menyemak status bayaran Fasa 4 sama ada “Telah Dikreditkan” atau “Dalam Proses Kredit”.

Ikuti cara semakan status yang lengkap seperti di bawah :

PORTAL RASMI STR 2025PORTAL RASMI STR 2026
https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Pilih Portal Rasmi STR 2025 / 2026 di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersedia.
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. “Kata Kunci Keselamatan” akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut adalah betul.
  7. Masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan STR 2025].
  11. Status kelayakan dan bayaran STR 2025 akan dipaparkan :
    • “Lulus” dan “Dalam Proses Pengkreditan”; atau
    • “Tidak Lulus”.
  12. Selesai.

📑 MAKLUMAT LANJUT STR

Artikel ini ditulis dan dikongsikan adalah untuk memudahkan anda memahami info daripada Kerajaan berkaitan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bayaran STR Fasa 4, sila rujuk pihak LHDN atau talian di bawah :

Leave a Comment