SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025 SUDAH BOLEH DILAKUKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Terkini, seramai 8.8 juta rakyat daripada kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara berperingkat bermula pada 18 Oktober 2025 kepada penerima sedia ada dan bermula 18 November 2025 kepada penerima baharu.
Adakah semakan bayaran STR Fasa 4 sudah boleh dilakukan? Bagaimanakah cara semakan? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LHDN BANTUAN SARA HIDUP (STR MYKASIH 2026) – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
📢 SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025 SUDAH BOLEH DILAKUKAN
Terkini, semua penerima sedia ada dan pemohon baharu boleh melakukan semakan status dan semakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara langsung dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
📝 CARA SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025
Status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak mengikut panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utam Portal STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Pastikan tanpa sengkang dan tanpa jarak.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamat akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang tepat.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Permohonan] STR 2025.
- Status kelayakan dan maklumat bayaran STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
📑 MAKLUMAT BAYARAN STR FASA 4 2025
Maklumat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti cara penerimaan, tarikh bayaran, kadar bantuan dan masa bayaran perlu diketahui oleh setiap penerima sedia ada dan pemohon baharu kerana ianya berbez-beza.
🏧 CARA PENERIMAAN BAYARAN STR
Dua (2) cara penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang dilaksanakan oleh Kerajaan supaya dapat memudahkan penerima menerima bayaran. Berikut merupakan dua (2) cara bayaran mengikut jenis penerima :
- Dikreditkan dalam akaun bank :
- Penerima / pasangan yang mempunyai akaun bank dan mendaftarkan semasa permohonan, akan menerima pengkreditan bayaran Fasa 4 melalui akaun bank tersebut.
- Dibayar tunai di kaunter bank :
- Penerima yang tiada akaun bank (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) perlu menuntut bayaran Fasa 4 di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
🗓️ TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada kelayakan Penerima sedia ada dan penerima baharu serta melihat kepada cara penerimaan seperti berikut :
- Ada Akaun Bank (Dikreditkan dalam akaun penerima) :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025.
- Penerima Baharu : Bermula 18 November 2025.
- Tiada Akaun Bank (Dibayar secara tunai di kaunter) :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 21 Oktober 2025.
- Penerima Baharu : Bermula 18 November 2025.
💲 KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibayar dengan kadar yang berbeza kepada setiap kategori dengan melibatkan implikasi kewangan sehingga RM2 billion. Berikut merupakan kadar bayaran Fasa 4 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 4 | IMPLIKASI KEWANGAN |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | RM200 – RM700 (ikut jumlah anak) | RM1.1 billion |
Isi Rumah M40 | RM100 – RM350 (ikut jumlah anak) | RM0.2 billion |
Warga Emas | RM150 | RM0.2 billion |
Bujang | RM150 | RM0.5 billion |
🕒 MASA MASUK BAYARAN STR FASA 4 2025
Kebiasaannya bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan masuk ke dalam akaun bank penerima mengikut masa-masa yeng berlainan mengikut jenis akaun bank seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Namun, masa masuk adalah tidak menentu ada kalanya ia masuk lebih awal atau lebih lewat.
MAKLUMAT LANJUT STR
Kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dirujuk dari sumber yang sahih dalam Portal Rasmi STR sahaja. Sekiranya anda mempunyai masalah atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]