SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)

SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)

Insentif bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan bukan sahaja untuk membantu rakyat mendepani bebanan kos sara hidup, namun ianya juga untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan hari perayaan-perayaan yang besar diraikan.

Bagaimanakah cara semak bayaran STR 2025? Rujuk panduan yang lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 KEMASKINI : CARA KEMAS KINI PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ONLINE DI mySTR

JUMLAH PENERIMA STR 2025

Kerajaan menyasarkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kepada 60% atau seramai 9 juta rakyat dewasa yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut merupakan jumlah penerima yang melepasi tapisan permohonan setiap fasa :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
JUMLAH PENERIMA
STR 2025
Fasa 18.3 juta
Fasa 28.5 juta
Fasa 38.6 juta
Fasa 4Hampir 9 juta

KADAR BAYARAN STR 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada setiap kategori dengan kadar yang berlainan bergantung kepada kategori dan bilangan anak supaya setiap penerima mendapat bantuan selayaknya. Berikut merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARAN
STR 2025
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1 – 2 : RM1,500
3 – 4 : RM2,000
>5 : RM2,500
Isi Rumah M400 anak : RM500
1 – 2 : RM750
3 – 4 : RM1,000
>5 : RM1,250
Warga EmasRM600
BujangRM600

KADAR BAYARAN STR SETIAP FASA 2025

Berikut pula kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap kategori dari Fasa 1, 2, 3 sehingga Fasa 4 :

  • Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
0RM500RM150RM150RM200
1-2RM500RM350RM300RM350
3-4RM500RM500RM500RM500
>5RM500RM650RM650RM700
  • Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
0RM150RM100RM150RM100
1-2RM200RM150RM200RM150
3-4RM250RM250RM250RM250
>5RM300RM300RM300RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
0RM150RM150RM150RM150
  • Bujang :
BIL. ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
0RM150RM150RM150RM150

CARA BAYARAN STR 2025

Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara ansur berperingkat selama empat (4) Fasa dan mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN STR
Ada Akaun BankDikreditkan melalui sistem
IBG Fund Transfer terus ke dalam
akaun bank penerima mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
dalam permohonan STR
Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai terus
di kaunter mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia

TARIKH BAYARAN STR 2025

Biasanya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan semasa cuti persekolahan dan sebelum hari perayaan besar tiba untuk membantu rakyat membuat persiapan untuk menyambut hari perayaan. Begitu juga bayaran untuk Fasa 4 akan dilaksanakan sebelum perayaan Deepavali :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
sehingga
27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
sehingga
21 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober 2025
sehingga
Selesai

SEMAK BAYARAN STR 2025

Terkini, semua penerima sedia ada boleh membuat semakan status atau semakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Sila ikuti cara semakan bayaran seperti berikut :

  1. Sila klik pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my.
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama STR 2025.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, klik butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Profil Pemohon.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda perlu klik [Semakan Permohonan].
  11. Status permohonan STR Fasa 4 anda akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT STR

Dalam artikel in, pihak kami hanya menyediakan informasi yang berkaitan ‘Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)’ sahaja untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk sebarang masalah atau keperluan info yang lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]

2 thoughts on “SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)”

Leave a Comment