BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sebahagian harga barangan dapur tidak dapat dikawal daripada kenaikan. Oleh itu, Kerajaan mengenalkan inisiatif Bantuan Barang Dapur yang diberikas secara percuma melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih untuk membantu menampung kos perbelanjaan barang dapur rakyat.

Ketahui adakah anda layak terima Bantuan Barang Dapur? Ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STR 2026 : BAYARAN FASA 3

BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR

Sebelum membuat sebarang penebusan Bantuan Barang Dapur, anda perlu menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih. Semakan status kelayakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
    • *Pastikan tiada sengkang (-) dan tanpa jarak.
  6. Tandakan pada [/] ‘Verify you are human’.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan sebagai penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Berikut merupakan paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00
Nama ProgramSARA One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR

Lebih kurang 900 jenama barang keperluan yang diluluskan boleh ditebus dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam Kad Pengenalan penerima di lebih 10,000 premis yang berdaftar seluruh Malaysia.

Antara barang dapur yang boleh ditebus adalah :

KATEGORICONTOH BARANG
BerasJasmine, Jati, Bernas, Faiza
dan sebagainya
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
dan sebagainya
TelurGred A-C
Minyak masakMinyak jenis sawit dan
jenis sayuran
TepungGandum Cap Lili, Cap Ros,
dan sebagainya
BiskutHup Seng, Julies, Jacobs,
Chipsmore, Oreo
Mi segeraMaggi, Mi Sedap, Indo Mie
dan sebagainya
MinumanMilo, Teh, Nescafe, Kopi,
Susu
Makanan dalam tinTuna, kacang panggang, sardin
Bahan perasaSos cili, kicap, gula, garam,
cukup rasa & sebagainya
Makanan sejuk bekuDaging proses, burger,
nuget, bebola dan sebagainya
*Selain barang dapur, penerima juga boleh beli barang keperluan lain seperti produk penjagaan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, barang persekolahan dan sebagainya.

PROSES TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR

Penebusan Bantuan Barang Dapur percuma dengan menggunakan Kad Pengenalan melalui proses yang mudah seperti berikut sahaja :

  1. Sila kunjungi premis (Pasar raya / pasar mini / kedai runcit) yang berdaftar dengan MyKasih.
    • Seperti Mydin, Lotus, 99 Speedmart, dan sebagainya.
  2. Pilih barang dapur yang ingin dibeli berdasarkan barang yang diluluskan sahaja.
    • *Rujuk label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk sahkan.
  5. Juruwang akan imbas barang yang dipilih dan sahkan bayaran.
  6. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.

*Sebelum membuat tebusan Bantuan Barang Dapur, pastikan kad pengenalan anda sah sebagai penerima MyKasih dan tidak mempunyai sebarang kerosakan cip.

TARIKH TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR

Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus Bantuan Barang Dapur pada bila-bila masa kerana ianya dikreditkan dalam kad pengenalan dan boleh terus digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Berikut merupakan tarikh kredit bantuan dalam kad pengenalan penerima :

  • 9 – 16 Januari 2026.
  • 1 Februari 2026.
  • 1 Mac 2026.
  • 1 April 2026.
  • 1 Mei 2026.
  • 1 Jun 2026
  • 1 Julai 2026.
  • 1 Ogos 2026.
  • 31 Ogos 2026.
  • 1 September 2026.
  • 1 Oktober 2026.
  • 1 November 2026.
  • 1 Disember 2026.

HAD BANTUAN BARANG DAPUR

Bukan semua kategori mempunyai had penebusan Bantuan Barang Dapur yang sama, ianya diberikan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang berstatus miskin, asas dan rakyat berumur 18 tahun dan ke atas.

Berikut merupakan had Bantuan Barang Dapur yang boleh ditebus setiap bulan :

KATEGORIPENERIMA
MISKIN
PENERIMA
ASAS
RAKYAT
MALAYSIA
Isi RumahRM200
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM100
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM100
one-off
Warga EmasRM150
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM50
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM100
one-off
BujangRM100
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM50
setiap bulan
dan
RM100
one-off
RM100
one-off

INFO LANJUT

Segala yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan diringkas untuk tujuan memudahkan carian orang ramai. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

3 thoughts on “BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment