STR 2026 : SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN, JUMLAH BANTUAN
Berdasarkan Belanjawan 2026, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan jumlah peruntukan bagi penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM13 billion (2025) kepada RM15 billion (2026).
Peningkatan kadar peruntukan ini adalah daripada hasil penjimatan penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95. Dengan meluaskan manfaat dan menambah peruntukan, ianya secara langsung dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Ketahui berapa jumlah Bantuan STR yang akan diterima oleh penerima yang layak dan ikuti juga cara permohonan STR yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BANTUAN STR 2026
- Kategori Isi Rumah dengan pendapatan bawah RM2,500 sebulan akan terima bayaran STR : RM700 sehingga RM2,200 setahun (bergantung bilangan anak).
- Kategori Isi Rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan akan terima bayaran STR : RM200 sehingga RM950 setahun (bergantung bilangan anak).
- Kategori Warga Emas yang tiada pasangan dan berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan terima bayaran STR : RM600 setahun.
- Kategori Bujang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bawah RM2,500 sebulan akan terima bayaran STR : Tiada.
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
Bujang | – |
JUMLAH TAMBAHAN BANTUAN STR
Menurut ucapan Belanjawan 2026, kesemua sembilan (9) juta rakyat yang menerupa penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
Manakala seramai satu (1) juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersenarai di bawah eKasih akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun.
Selain itu juga, semua 22 juta rakyat dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekaligus (One-off) yang akan dibayar pada pertengahan bulan Februari 2025.
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN | PENERIMA STR | SEMUA RAKYAT |
---|---|---|---|
Isi Rumah | RM2,400 | RM1,200 | RM100 |
Warga Emas | RM2,100 | RM600 | RM100 |
Bujang | RM600 | RM600 | RM100 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR
Untuk kemukakan permohonan STR, pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Bagi yang ingin kemukakan permohonan STR, ikuti panduan lengkap cara mohon seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan].
- Sekiranya ‘Status Perkahwinan’ berkahwin, sila masukkan [Maklumat anak / tanggungan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah Bantuan STR diteruskan lagi pada tahun hadapan?
- Ya, Kerajaan bersetuju akan meneruskan dan menambah peruntukan STR untuk tahun hadapan.
- Bilakah permohonan STR untuk tahun hadapan dibuka?
- Untuk mengetahui tarikh permohonan STR dibuka, sila semak maklumat terkini di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Berapakah peruntukan untuk STR dan SARA bagi tahun 2026?
- Peruntukan untuk penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah sebanyak RM15 billion.
- Berapakah Bantuan SARA yang layak untuk penerima STR yang berdaftar eKasih?
- Bantuan SARA akan dibayar sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.
- Adakah Bantuan STR dibayar secara sekaligus?
- Bayaran Bantuan STR dibayar secara ansur berperingkat mengikut fasa.
RUJUKAN LANJUT
Artikel yang kami kongsikan ini adalah berkaitan Bantuan STR 2026 yang dirujuk daripada Belanjawan 2026. Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- E-mel : [email protected]