BAGAIMANAKAH SEMAKAN MYKASIH : CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAGAIMANAKAH SEMAKAN MYKASIH : CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Individu yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membuat semakan status kelayakan secara online melalui beberapa kaedah yang disediakan.

Bagaimanakah semakan mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAGAIMANAKAH SEMAKAN MYKASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Status penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih;
    • Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik berdasarkan kriteria dia atas.

TARIKH & TEMPOH SAH PENGGUNAAN

Bantuan MyKasih (SARA) diagaihkan secara bulanan mengikut jadual yang disediakan seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PELAKSANAANTARIKH LUPUT/TAMAT
Penerima STR & eKasihBermula Januari hingga Disember 202531 Disember 2025
Penerima STR SahajaBermula April hingga Disember 202531 Disember 2025

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN MYKASIH

Amaun bantuan MyKasih (SARA) 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN

Isi Rumah
RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

BAGAIMANAKAH SEMAKAN MYKASIH

Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA;
  • Portal MySTR.

Cara semakan kelayakan di Portal Rasmi SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara semakan kelayakan di Portal MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH DIBELI

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Barang Kebersihan Rumah;
  • Ubat-Ubatan;
  • Barang Keperluan Sekolah;

SEMAKAN PREMIS BERDAFTAR MYKASIH

Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • Pacific;
  • Lotus Stores (Tesco);

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:

  1. Bagaimana cara semak status kelayakan MyKasih sama ada layak atau tidak?
    • Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
  2. Adakah boleh baki MyKasih dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan hanya menggunakan MyKad.
  3. Bagaimanakah semakan baki MyKasih dilakukan?
    • Baki kredit MyKasih boleh disemak secara online di Portal SARA atau secara langsung di kaunter berdaftar MyKasih.
  4. Adakah baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya?
    • Ya. Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  5. Jika tidak tersenarai sebagai penerima, adakah boleh membuat rayuan?
    • Ya. Anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, dan kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment