BANTUAN RM300 DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 kini memasuki pembayaran bulan Oktober. Bantuan ini disalurkan kepada semua penerima yang layak, termasuk kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan bantuan rm300 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA CHECK STATUS STR – BANTUAN FASA 4 2025

APA ITU BANTUAN RM300 DALAM MYKAD?
Bantuandalam MyKad merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan).
Bantuan ini dilaksanakan seperti berikut :
- Disalurkan setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan);
- Boleh digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas;
- Pembayaran dilakukan dengan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) di kedai runcit atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
AMAUN & JADUAL BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | JADUAL BAYARAN BULANAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | JADUAL BAYARAN BULANAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN BANTUAN RM300 DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
KEDAI BERDAFTAR
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA TEBUS BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025 :
- Bagaimana cara semak baki bantuan dalam MyKad?
- Anda boleh menyemak baki di Portal SARA, atau di kaunter kedai berdaftar MyKasih semasa membuat pembayaran.
- Bolehkah bantuan dalam MyKad dikeluarkan sebagai wang tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih dengan menggunakan MyKad.
- Kedai apa yang menerima bantuan MyKad?
- Lebih 7,300 premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
- Apa jadi jika baki bantuan tidak digunakan sebelum tarikh luput?
- Baki yang tidak dibelanjakan akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.
- Adakah boleh guna MyKasih selain barang berdaftar?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]