SEMAKAN STATUS STR FASA 4 – 2025 ONLINE
Bila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan disalurkan? Pembayaran Bantuan STR Fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2025. Namun ianya hanya jangkaan dan mungkin akan disalurkan lebih awal atau tepat pada tarikh jangkaan.
Dalam artikel ini, dikongsikan jumlah bayaran, jadual bayaran, cara semakan status dan maklumat lebih lanjut berkaitan STR Fasa 4 2025.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI BUDI95 – CHECK JUMLAH KOUTA RON95 ONLINE
PENGENALAN STR
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan inisiatif bantuan tunai disalurkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu meringankan beban kos sara hidup khususnya untuk golongan-golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bantuan STR dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun dan Kerajaan Malaysia juga telah mewujudkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai tambahan kepada sabahagian penerima STR yang layak.

SYARAT STATUS STR 2025
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi penerima berstatus ‘Lulus’ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025 :
A. Isi Rumah
- Kahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda (tiada anak yang menepati syarat);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
C. Bujang
- Belum berkahwin / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda (tiada anak menepati syarat);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
*Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas (termasuk OKU 19 tahun dan ke atas) masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS adalah tidak dibenarkan untuk membuat permohonan sebagai kategori bujang dan hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan bagi kategori isi rumah.
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4
Dua (2) kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan seperti berikut :
1. Dikreditkan Ke Dalam Akaun Bank :
Bantuan STR dikreditkan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Maklumat akaun bank perlulah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
*Jika maklumat akaun bank baharu dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan dimasukkan ke akaun yang baharu.
2. Dibayar Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional :
Bagi penerima yang tiada maklumat akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut Bantuan STR secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Begitu juga untuk pemohon kategori bujang / ibu tunggal / warga emas tiada pasangan yang tidak memasukkan maklumat akaun bank, perlu menuntut tunai di kaunter BSN terdekat.
Bagi penerima di kawasan pedalaman Sabah / Sarawak yang tiada capaian perbankan, Bantuan STR akan diserahkan secara tunai di lokasi-lokasi yang sesuai.
*Nota : Sebelum ke kaunter BSN, pemohon perlu membuat semakan status kelayakan dan cara penerimaan bayaran di Portal Rasmi STR.
TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah dijangka pada bulan November 2025. Namun, tarikh rasmi akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan.
Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran STR bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 :
- Fasa 1 : 22 Januari – 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac – 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : 12 Ogos – 21 Ogos 2025.
- Fasa 4 : November 2025.
Untuk Fasa 4, jumlah pembayaran bagi kategori isi rumah B40, isi rumah M40, warga emas dan bujang adalah berbeza.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran STR sepanjang tahun 2025 :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan RM2,500 ke bawah) :
BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada anak (RM1,000) | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
1 – 2 anak (RM1,500) | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
3 – 4 anak (RM2,000) | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 dan ke atas (RM2,500) | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada anak (RM500) | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
1 – 2 anak (RM750) | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
3 – 4 anak (RM1,000) | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 dan ke atas (RM1,250) | RM300 | RM300 | RM300 | RM350 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
JUMLAH PENUH | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
JUMLAH PENUH | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
CARA SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Ikuti langkah-langkah cara semakan status STR Fasa 4 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.

*Nota : Skrin permohonan dan pengemaskinian maklumat STR Fasa 4 adalah sehingga 30 September 2025 (sehingga 5 petang) sahaja.
CARA SET LUPA KATA LALUAN STR
Untuk pemohon yang lupa kata laluan untuk log masuk akaun STR, anda boleh ikuti cara set semula kata laluan untuk log masuk dan semak status seperti berikut :
- Pada halaman utama STR, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Terlupa Kata Laluan].
- Masukkan 12 digit nombor MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Masukkan alamat e-Mel yang aktif.
- Klik butang [Seterusnya].
- Kata kunci keselamat akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Jawab soalan keselematan yang diberikan dan klik [Seterusnya].
- Masukkan kata laluan yang baharu dan buat pengesahan kata laluan.
- Kemudian, klik [Tukar kata laluan].
- Mesej “Penukaran ID Pemohon Telah Berjaya” akan dihantar kepada anda.
- Log masuk kembali akaun STR dengan kata laluan yang baharu.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselematan (percubaan diberikan sebanyak 3 kali), akaun mySTR akan disekat dan dibenarkan membuat cubaan semula selepas 24 jam.
SOALAN LAZIM STR
- Bilakah pengumuman bayaran STR Fasa 4?
- Pengumuman bayaran STR Fasa 4 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) mengikut pindaan dari semasa ke semasa.
- Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima oleh golongan bujang?
- Setiap individu bujang akan terima bayaran STR Fasa 4 sebanyak RM150.
- Bilakah tarikh akhir permohonan STR Fasa 4 dibuka?
- Permohonan terakhir STR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
- Adakah pemohon yang mempunyai akaun juga boleh menuntut bayaran STR di kaunter BSN?
- Tidak boleh, pemohon yang mempunyai akaun perlu menunggu bayaran STR dimasukkan dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayar bil dan beli barang tunai?
- Boleh. Bantuan STR boleh digunakan untuk apa sahaja pembelian tunai dan tanpa tunai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi pihak LHDNM terdekat; atau
- Hubungi Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747