SEMAK STATUS SUBSIDI RON95 : CEK ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERBARU 2025
Kerajaan MADANI sekali lagi menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter kepada rakyat Malaysia. Bagi mengelakkan berlaku sebarang penyeludupan, kerajaan menyediakan subsidi bersasar hanya khas untuk rakyat Malaysia yang layak sahaja.
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Subsidi RON95 dan semak info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

KADAR HARGA MINYAK PETROL RON95
Ketahui harga minyak petrol RON95 yang perlu dibayar sebelum dan selepas subsidi / tanpa subsidi seperti berikut :
- RM2.05 / liter (harga semasa kini);
- RM1.99 / liter (harga subsidi baharu untuk Rakyat Malaysia yang layak);
- RM2.60 / liter (harga tanpa subsidi untuk Warga asing dan rakyat yang tidak layak).
SEMAK HAD SUBSIDI RON95
Setiap seorang rakyat diberikan had pengisian minyak petrol RON95 dengan subsidi RM1.99 / liter sehingga 300 liter sahaja pada setiap bulan. Sekiranya melebihi had 300 liter sebulan, penerima perlu membayar mengikut harga pasaran semasa iaitu mencecah RM2.60 / liter.
Namun, penerima yang merupakan pekerja gig (e-Hailing) boleh memohon kuota had tambahan bagi pengecualian had 300 liter sebulan bagi membantu meneruskan kelangsungan kerja seharian mereka.
SYARAT STATUS LAYAK SUBSIDI RON95
Seramai 16 juta rakyat yang layak terima Subsidi RON95 dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai lesen memandu sah dan aktif;
- Umur bermula 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai Kenderaan jenis persendirian (Kereta / Motorsikal);
- MyKad tiada kerosakan cip;
- Pekerja gig (e-hailing).
TARIKH SUBSIDI RON95 DILANCARKAN
Subsidi RON95 dilancarkan secara berperingkat bermula pada tarikh-tarikh berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH MULA SUBSIDI RON95 DILANCARKAN |
---|---|
Anggota Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima STR B40 | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua 16 juta Rakyat yang layak | 30 September 2025 (Selasa) |
CARA ISI MINYAK SUBSIDI RON95
Penerima yang layak boleh membuat isian minyak petrol RON95 dengan subsidi RM1.99 / liter melalui dua (2) cara mudah di bawah :
Panduan Isi Minyak RON95 Guna Subsidi Di Kaunter :
- Pergi ke Stesen minyak yang berdekatan anda.
- Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas MyKad anda .
- Sekiranya anda layak, status dipaparkan dengan harga RM1.99 / liter.
- Bayar secara tunai / kad kredit / kad debit / QR ikut liter yang anda mahukan.
- Contoh : 10 liter = RM19.90 (yang perlu dibayar).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
Panduan Isi Minyak RON95 Guna Subsidi Di Pam :
- Pergi ke Stesen minyak yang berdekatan anda.
- Masukkan MyKad pada mesin yang disediakan di pam.
- Tunggu pengesahan MyKad anda.
- Sekiranya anda layak, anda akan dipaparkan dengan harga RM1.99 / liter.
- Masukkan amaun liter yang anda mahukan.
- Bayar guna kad kredit / kad debit.
- Contoh : 10 liter = RM19.90.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
*Dapatkan resit setiap kali buat isian untuk ketahui baki kuota yang ada (300 liter sebulan)
SEMAK STATUS SUBSIDI RON95
Sebelum buat sebarang pengisian minyak petrol RON95 guna subsidi RM1.99 / liter, anda perlu ketahui status sama ada anda layak atau tidak.
Ikuti cara mudah untuk tahu status sebagai penerima Subsidi RON95 seperti berikut :
- Semak Status Di Portal Rasmi :
- Layari Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Laman utama Portal BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Pilih ‘BUDI MADANI RON95’ dan klik [Layari laman untuk semakan kelayakan].
- Klik pula pada [BUDI95 Individu].
- Masukkan No.MyKad pada ruangan disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan di kaunter kedai Stesen minyak / mesin di pam minyak :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak terdekat anda.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk semak status anda.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan melalui aplikasi mudah alih seperti Setel / Touch n Go (TnG) / CaltexGo / Petron / Bonuslink :
- Muat turun salah satu aplikasi milik syarikat minyak.
- Buka aplikasi tersebut.
- Daftar akaun anda.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Lengkapkan maklumat anda.
- Klik pada butang [Verify BUDI MADANI].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
Soalan-soalan lazim (faq) di bawah mungkin menjawab soalan anda :
- Adakah dengan menggunakan MyKad, rakyat dapat minyak Petrol RON95 secara percuma?
- Tidak, rakyat hanya perlu membayar minyak petrol RON95 dengan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM2.60 seliter.
- Bolehkah rakyat yang tiada lesen membeli minyak Petrol RON95 dengan harga subsidi?
- Hanya rakyat yang mempunyai lesen yang sah dan aktif sahaja boleh beli minyak RON95 dengan harga subsidi.
- Berapakah harga minyak Petrol RON95 yang perlu dibayar sekiranya rakyat tidak layak menerima subsidi?
- Rakyat yang tidak layak terima Subsidi RON95, perlu membayar minyak petrol RON95 dengan harga semasa iaitu mencecah RM2.60 seliter.
- Bilakah boleh ketahui status kelayakan sebagai penerima Subsidi RON95?
- Status kelayakan sebagai penerima subsidi RON95 boleh disemak bermula 30 September 2025.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh guna Subsidi RON95 RM1.99 seliter?
- Subsidi RON95 boleh digunakan disemua stesen minyak yang mempunyai terminal pembaca MyKad.
RUJUKAN
Pihak kami berkongsi maklumat terbaru daripada Kerajaan berkaitan Subsidi RON95 yang dirujuk daripada Kementerian Kewangan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.