SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diberikan khas oleh Kerajaan Negeri Sarawak khas untuk rakyat Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan. Setiap yang layak boleh menggunakan Bantuan SKAS untuk menampung kos pembelian barang keperluan asas.

Ketahui cara semakan status, syarat kelayakan, cara bayaran dan info lebih lanjut Bantuan SKAS Sarawak di bawah.

BACA JUGA : SUBSIDI RON95 : SYARAT KELAYAKAN & SEMAK, CARA TEBUS, GUNA

SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK

APA ITU SKAS SARAWAK

Bagi yang belum mengetahui apa itu ‘SKAS Sarawak’, Primier Sarawak iaitu Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah memperkenalkan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak sebagai sebuah inisiatif bantuan kawangan yang baharu bagi meringankan beban kewangan rakyat khususnya yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Kerejaan Negeri Sarawak memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada 850,000 rakyat Sarawak yang layak melalui baucar digital tanpa tunai yang boleh dimasukkan melalui e-Wallet aplikasi S Pay Global khas untuk digunakan bagi pembelian barangan makanan asas.

SIAPA YANG LAYAK?

Seramai 850,000 ribu rakyat rakyat yang terpilih layak mendapatkan Bantuan SKAS Sarawak adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Anak Sarawak pemegag MyKad ‘K’;
  • Beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2024;
  • Kategori :
    • Isi Rumah;
    • Bujang; dan
    • Warga Emas (tiada pasangan).

SEMAKAN KATEGORI PENERIMA SKAS

Setiap kategori penerima SKAS Sarawak pula dipilih berdasarkan kriteria-kriteria di bawah :

ISI RUMAH :

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai tanggungan;
  • Tiada had umur; dan
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG :

  • Belum Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
  • Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

WARGA EMAS :

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak kepada setiap kategori adalah berbeza bermula dengan jumlah RM250 sehingga RM800. Berikut merupakan jumlah bayaran SKAS Sarawak mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN SKAS
Isi RumahRM800
BujangRM250
Warga EmasRM400

CARA BAYARAN SKAS SARAWAK

Semua penerima yang disahkan layak akan menerima bayaran Bantuan SKAS Sarawak dengan cara yang sama iaitu tanpa tunai melalui baucar digital yang dikreditkan dalam e-Wallet aplikasi S Pay Global yang boleh dimuat turun secara percuma dalam App Store / Google Play / Huawei App Gallery (bergantung jenis telefon pintar penerima.

Dengan aplikasi S Pay Global penerima boleh buat bayaran barang keperluan asas secara tanpa tunai sahaja dengan jumlah yang diberikan mengikut kategori penerima.

SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK

Penerima STR Fasa 4 2024 akan secara automatik layak untuk menerima SKAS Sarawak. Namun, bagi yang baru memohon, pastikan anda mempunyai Sarawak ID untuk menyemak status sama ada layak atau tidak terima SKAS Sarawak.

Ikuti panduan lengkap cara semakan status penerima SKAS Sarawak seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SKAS Sarawak di sini : https://www.sarawak.gov.my/home/skas/index.html.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama SKAS Sarawak.
  3. Klik pada butang [Check Eligibility].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
  6. Seterusnya, klik pada butang [Search] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Sekiranya anda layak, anda boleh tebus Bantuan SKAS Sarawak dengan jumlah yang anda layak melalui e-Wallet S Pay Global.

CARA DAFTAR S PAY GLOBAL

Bagi penerima yang layak dan belum mendaftar aplikasi S Pay Global untuk terima bayaran SKAS Sarawak, ikuti cara mendaftar S Pay Global yang lengkap seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Pilih butang [New User Registration].
  4. Pilih [Kewarganegaraan] anda.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik gambar MyKad anda.
  7. Rakam muka anda dalam bulatan yang disediakan.
  8. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda untuk pengesahan.
  9. Sila [Log Masuk] kembali ke aplikasi S Pay Global.
  10. Tetapkan nombor PIN anda untuk pengesahan bayaran nanti.
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK

Berikut merupakan beberapa soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan SKAS Sarawak :

  1. Bolehkah Bantuan SKAS Sarawak dikeluarkan secara tunai dari e-Wallet S Pay Global?
    • Tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan penerima perlu membuat pembelian secara tanpa tunai sahaja.
  2. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan SKAS Sarawak?
    • Penerima boleh guna Bantuan SKAS Sarawak untuk beli barang keperluan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
  3. Bilakah Bantuan SKAS Sarawak dimasukkan dalam akaun e-Wallet S Pay Global?
    • Bermula 18 Februari 2025 dan tuntutan seterusnya boleh dibuat pada bila-bila masa.
  4. Bolehkah permohonan rayuan Bantuan SKAS Sarawak dibuat?
    • Permohonan rayuan Bantuan SKAS Sarawak dibuka bermula 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 sahaja.
  5. Berapakah jumlah Bantuan SKAS Sarawak yang diberikan kepada golongan bujang?
    • Golongan bujang layak terima Bantuan SKAS Sarawak sebayak RM250.

INFO LANJUT

Semua info yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Oleh itu, untuk pertanyaan atau info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment