CARA TEBUS SUBSIDI PETROL (RON95)
Petrol RON95 dengan subsidi sebanyak RM1.99 seliter dapat ditebus dengan menggunakan MyKad di semua stesen-stesen minyak terpilih seluruh Malaysia. Dengan inisiatif yang akan dilaksanakan ini dapat memudahkan urusan rakyat dan dapat mengekang pembaziran dan ketirisan subsidi.
Ikuti panduan lengkap cara tebus Subsidi Petrol RON95 dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BUDI MADANI RON95 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SENARAI STESEN MINYAK BOLEH TEBUS SUBSIDI PETROL
Setakat ini, semua stesen minyak utama di seluruh Malaysia dijangka akan menyokong mekanisme tebusan Subsidi Petrol RON95. Antara stesen minyak yang boleh tebus Subsidi Petrol adalah seperti berikut :
- PETRONAS;
- Shell;
- Petron;
- Caltex;
- BHPetrol.
TARIKH TEBUS SUBSIDI PETROL
Subsidi Petrol RON95 boleh ditebus secara berperingkat mengikut tarikh-tarikh berikut :
- 300 ribu Anggota Polis dan Tentera boleh tebus Subsidi Petrol bermula 27 September 2025 (Sabtu).
- Penerima STR status B40 boleh tebus Subsidi Petrol bermula 28 September 2025 (Ahad).
- Semua 16 juta Rakyat Warganegara Malaysia boleh tebus Subsidi Petrol bermula 30 September 2025 (Selasa).
JUMLAH & HAD SUBSIDI PETROL
Harga minyak Petrol RON95 mempunyai perbezaan selepas Subsidi dilancarkan dan tanpa subsidi (untuk bukan warganegara) dapat dilihat seperti jadual berikut :
STATUS SUBSIDI | JUMLAH HARGA |
---|---|
Semasa | RM2.05 / seliter |
Dengan Subsidi (Baharu) | RM1.99 / seliter |
Tanpa Subsidi (Baharu) | RM2.60 / seliter |
CARA TEBUS SUBSIDI PETROL
Hanya penerima yang layak boleh menebus Subsidi Petrol sebanyak RM1.99 / seliter melalui cara yang mudah berikut :
- Pergi Ke Stesen Minyak :
- Kunjungi mana-mana Stesen Minyak terdekat dengan anda.
- Letakkan MyKad Pada Terminal Pembaca :
- Terminal Pembaca MyKad disediakan di dalam Kedai Stesen Minyak dan Pam Minyak, berikan kepada juruwang atau letakkan MyKad pada Terminal Pembaca tersebut.
- Sistem Menyemak Kelayakan :
- Terminal Pembaca akan membaca cip MyKad anda dan mengesahkan kelayakan anda layak atau tidak tebus subsidi.
- Paparan Harga :
- Jika disahkan ‘Layak’ skrin akan memaparkan harga petrol RON95 anda layak ‘RM1.99 seliter’.
- Buat Bayaran :
- Bayaran menggunakan tunai / kad kredit / kad debit / e-dompet mengikut liter yang anda pilih di kaunter / pam.
- Isi Minyak :
- Setelah selesai membuat bayaran, isi minyak petrol RON95 ke dalam kenderaan anda seperti biasa.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL
Ketahui soalan-soalan lazim bersama jawapan berkaitan Subsidi Petrol RON95 seperti berikut :
- Berapakah kuota bulanan Subsidi Petrol RON95 yang diberikan?
- Had kuota Subsidi Petrol RON95 diberikan sehingga 300 sebulan.
- Adakah Subsidi Petrol RON95 juga terpakai untuk penunggang motorsikal?
- Ya, subsidi ini terpakai untuk semua kenderaan persendirian termasuk kereta dan motorsikal.
- Berapakah harga petrol RON95 yang perlu dibayar oleh rakyat yang tidak layak Subsidi Petrol?
- Rakyat yang tidak atau atau warga asing perlu membayar harga petrol RON95 tanpa subsidi sebanyak RM2.60 seliter.
- Jika cip MyKad saya rosak, adakah saya masih boleh tebus Subsidi Petrol RON95?
- Anda perlu menukar MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu.
- Adakah stesen minyak di tempat-tempat terpencil juga boleh tebus Subsidi Petrol RON95?
- Ya boleh sekiranya mereka ada Terminal Pembaca MyKad.
RUJUKAN
Informasi berkaitan Subsidi Petrol RON95 adalah dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof.