SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026

Penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2026, mestilah terdiri daripada individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dan berdaftar dalam sistem STR serta berstatus ‘lulus’.

Bagaimanakah semak tarikh str fasa 3 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CARA CHECK STR ONLINE (FASA 3 2026)

APA ITU BANTUAN STR?

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan;

  • Bantuan Kerajaan dalam Bentuk Tunai;
  • Kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan;
  • Bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR

Kelayakan Penerima Bantuan STR 2026 mestilah terdiri daripada :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN PENERIMA STR

Kadar kelayakan bayaran STR 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tanpa PasanganRM600
BujangBayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan
(Total RM600 setahun)

JADUAL BAYARAN PENERIMA STR

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH MASUK BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Fasa 4Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR

Status kelayakan STR 2026 boleh di semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi mySTR dan Log Masuk : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik Status Permohonan STR.
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

KAEDAH BAYARAN PENERIMA STR

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bagaimana cara tahu saya layak menerima STR 2025?
    • Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi MySTR.
  2. Jika saya tidak layak, bolehkah saya buat rayuan?
    • Anda boleh membuat permohonan rayuan sebaik sahaja pembayaran dilaksanakan, dan pemohonan rayuan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
  3. Adakah semakan STR boleh dibuat di kaunter LHDN?
    • Boleh. anda boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan. Namun, semakan juga boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi MySTR untuk lebih mudah dan pantas.
  4. Siapa yang paling utama diberikan STR?
    • STR diberikan kepada golongan B40 dan berkelayakan yang benar-benar memerlukan bantuan termasuk kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  5. Jika tiada akaun bank, bagaimana bayaran dibuat?
    • Penerima boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment