SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025
Fasa akhir pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 akan dilaksanakan tidak lama lagi, dan akan disalurkan kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan jumlah bayaran mengikut kategori kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak tarikh str fasa 4 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SYUKUR SABAH RM900 2025 : STATUS BAYARAN & KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN STR?
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan;
- Bantuan Kerajaan dalam Bentuk Tunai;
- Kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan;
- Bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Bujang | RM150 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Isi rumah (B4) Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada anak : RM150 1 hingga 2 anak : RM300 3 hingga 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi rumah (M40) Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada anak : RM100 1 hingga 2 anak : RM200 3 hingga 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH MASUK BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 2 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bila tarikh bayaran STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan?
- Bayaran STR Fasa 4 belum diumumkan oleh MOF, Namun, Bayaran dijangka akan dikreditkan pada November 2025.
- Bagaimana cara buat semak status STR Fasa 4?
- Semakan status boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi MySTR.
- Jika tiada akaun bank, bagaimana bayaran dibuat?
- Penerima boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
- Adakah semua penerima STR layak dapat bayaran Fasa 4?
- Semua penerima sedia ada dan baharu yang tersenarai sebagai penerima STR 2025 akan menerima bayaran mengikut kategori kelayakan masing-masing.
- Bagaimana jika status semakan STR saya “Tidak Lulus”?
- Anda boleh membuat permohonan rayuan sebaik sahaja pembayaran dilaksanakan, dan pemohonan rayuan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]