SEMAK BANTUAN MYKASIH RM300 2025 (SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN)

SEMAK BANTUAN MYKASIH RM300 2025 (SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN)

Program Bantuan MyKasih bukan sahaja diberikan secara ansur setiap bulan, malah ianya juga diberikan secara one-off sebagai tambahan kepada rakyat Malaysia yang layak dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan penerima.

Ketahui siapa yang layak terima bayaran Bantuan MyKasih RM300 di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK BANTUAN MYKASIH RM300

SIAPA YANG LAYAK?

Bantuan MyKasih (bulanan dan one-off) yang disalurkan sebanyak RM300 khas untuk individu yang memenuhi kelayakan sahaja. Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima :

SYARAT KELAYAKANKRITERIA PENERIMA
WarganegaraMalaysia
StatusKetua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanBawah RM2,500 atau
bawah garis PGK semasa
Lulus STR & eKasihMerupakan penerima STR (isi rumah)
dan tersenarai dalam rekod data eKasih

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH RM300 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih (bulanan dan one-off) sebanyak RM300 dikreditkan pada tarikh yang berbeza melalui MyKad ketua isi rumah yang layak. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan MyKasih RM300 :

JENIS BAYARANJUMLAH BANTUANTARIKH KREDIT
One-OffRM10031 Ogos 2025 (Ahad)
BulananRM2001 September 2025 (Isnin)

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai. Ikuti cara guna Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Kunjungi premis berdaftar dengan MyKasih (pasar raya / pasar mini / kedai runcit).
  2. Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang menerima bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan status.
  5. Barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang guna sistem MyKasih.
  6. Bayar guna MyKad dan juruwang akan sahkan bayaran.
  7. Resit dan MyKad akan diberikan.
  8. Selesai.

SEMAK BANTUAN MYKASIH RM300 2025

Individu yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan boleh membuat semakan status kelayakan untuk ketahui sama ada layak atau tidak terima Bantuan MyKasih RM300.

Ikuti cara semakan status Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi Portal MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Scroll (layarkan) skrin ke bahagian bawah.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] (warna merah).
  4. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  5. Masukkan 12 digit nombor MyKad anda.
  6. Tunggu ‘Verify’ sehingga disahkan.
  7. Klik butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Antara soalan-soalan lazim (faq) yang ditanya berkaitan Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan MyKasih RM300?
    • Golongan bujang yang layak hanya terima Bantuan MyKasih bulanan sebanyak RM50 dan one-off sebanyak RM100 sahaja.
  2. Bolehkah Bantuan MyKasih dalam MyKad dipindahkan ke dalam MyKad isteri?
    • Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad suami tidak boleh dipindahkan ke dalam MyKad isteri. Namun, isteri boleh menggunakan MyKad suami untuk membeli barang keperluan.
  3. Adakah Bantuan MyKasih dalam MyKad dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk beli barang secara tanpa tunai sahaja.
  4. Bilakah tarikh akhir guna Bantuan MyKasih?
    • Bantuan MyKasih boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2025.
  5. Bagaimanakah cara mohon Bantuan MyKasih RM300?
    • Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana Bantuan MyKasih dikreditkan secara automatik kepada yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang berkaitan Bantuan Sara MyKasih di atas adalah dirujuk daripada Portal MyKasih. Untuk sebarang soalan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak MyKasih melalui talian berikut :

  • Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment