SEMAK SYUKUR SABAH RM900 2025 : STATUS BAYARAN & KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Sabah menerusi Program SYUKUR Sabah untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan pemberian bantuan tunai secara berfasa kini memasuki Fasa 3 pembayaran.
Bagaimanakah semak syukur sabah rm900 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSTR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?
Bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan :
- Program Bantuan Tunai Kerajaan Negeri Sabah;
- Pembayaran setiap tiga bulan (RM900 bagi setiap fasa);
- Disalurkan kepada ketua isi rumah miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih dan sistem PADANS;
- Bertujuan meringankan beban kewangan penerima untuk pebelanjaan barangan asas dan memastikan kesejahteraan rakyat terpeliharan;
AMAUN BAYARAN
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | RM900 |
Fasa 2 | RM900 |
Fasa 3 | RM900 |
Fasa 4 | RM900 |
Catatan : Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAK SYUKUR SABAH
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Januari – Mac 2025 |
Fasa 2 | April – Jun 2025 |
Fasa 3 | Julai – September 2025 |
Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 |
Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
- Berapakah jumlah bantuan SYUKUR Sabah?
- RM300 Setiap Bulan kepada KIR. Namun, pembayaran dilakukan secara berfasa sebanyak RM900 (setiap fasa), bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak (RM300 + RM300 + RM300 = RM900).
- Bagaimana cara semak kelayakan SYUKUR Sabah?
- Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal Rasmi SYUKUR SABAH.
- Siapa yang layak menerima SYUKUR Sabah?
- Ketua Isi rumah miskin dan miskin tegar di Sabah berdasarkan data eKasih dan PADANS.
- Bila tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 3?
- Pembayaran fasa 3 akan dilaksanakan antara Julai – September 2025. Tarikh bayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
- Bolehkah buat rayuan jika tidak tersenarai?
- Ya, anda boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]