SEMAK KELAYAKAN STR 2025 (BAYARAN FASA 4)

SEMAK KELAYAKAN STR 2025 (BAYARAN FASA 4)

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa lebih tertumpu kepada rakyat Malaysia terutamanya yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup atau yang memerlukan sokongan kewangan segera.

Ketahui status kelayakan, status bayaran dan maklumat lanjut STR yang terkini di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MY KASIH : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

SEMAK KELAYAKAN STR 2025

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Hanya pemohon yang menepati kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja layak untuk terima bayaran STR 2025. Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Ketua isi rumah warganegara Malaysia;
    • Berpasangan ada atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal ada anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
  • KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum kahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Umur 21 hingga 59 tahun (OKU umur 19 tahun ke atas);
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Umur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.

KADAR BAYARAN STR 2025

Pembayaran Bantuan STR kepada setiap kategori untuk tahun 2025 adalah sebanyak kadar berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR 2025
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 & ke atas : RM2,500
Isi Rumah M400 anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 & ke atas : RM1,250
BujangRM600
Warga EmasRM600

TARIKH BAYARAN STR 2025

Berikut merupakan tarikh bayaran STR sepanjang tahun 2025 :

FASA-FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025 – 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025 – 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025 – 19 Ogos 2025
Fasa 4Belum diumumkan

CARA BAYARAN STR 2025

Cara pembayaran Bantuan STR adalah bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

CARA BAYARAN STRJENIS PENERIMA
Pembayaran dengan ‘IBG Fund Transfer’
terus ke dalam akaun bank penerima
Ada Akaun Bank
Pembayaran secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tiada Akaun Bank

SEMAK KELAYAKAN STR 2025

Status kelayakan dan status bayaran Bantuan STR boleh disemak secara online melalui pautan STR rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID]; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Sahkan nombor Kad Pengenalan dengan klik butang [Semak].
  6. Klik [Ya] sekiranya betul ‘Kata Kunci Keselamat’ anda.
  7. Masukkan kata laluan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran STR akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Berikut merupakan antara beberapa soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan STR :

  1. Berapa ramaikah penerima yang layak STR Fasa 4?
    • Penerima yang layak STR Fasa 4 dijangka seramai hampir 9 juta.
  2. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  3. Bagaimanakah sekiranya penerima yang tiada akaun bank dan telah buat akaun bank?
    • Penerima perlu kemaskini maklumat perbankan dalam permohonan STR.
  4. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  5. Bilakah tarikh mula permohonan STR?
    • Permohonan STR telah dibuka bermula 14 Oktober 2024 dan sehingga kini.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini berkaitan Bantuan STR dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment