SYUKUR SABAH RM900 : SEMAK BAYARAN FASA 3 2025

SYUKUR SABAH RM900 : SEMAK BAYARAN FASA 3 2025

Bantuan tunai Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) kini memasuki Fasa Ketiga (3) pembayaran, dan akan disalurkan kepada semua KIR yang layak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semak bayaran syukur sabah rm900 fasa 3? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS STR FASA 4 (BAYARAN 2025)

SYUKUR SABAH RM900

APA ITU SYUKUR SABAH RM900?

Bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan :

  • Inisiatif kerajaan Negeri Sabah;
  • Bantuan Sabah diberikan setiap tiga bulan (RM900 bagi setiap fasa);
  • Tujuan utama untuk meringankan beban kewangan penerima untuk pebelanjaan barangan asas dan memastikan kesejahteraan rakyat terpeliharan;

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SYUKUR SABAH RM900

Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Tekan butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di https://syukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

JADUAL & AMAUN BAYARAN

Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari – Mac 2025RM900
Fasa 2 April – Jun 2025RM900
Fasa 3Julai – September 2025RM900
Fasa 4Oktober – Disember 2025RM900

Nota Penting : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:

  1. Berapa jumlah bantuan SYUKUR Sabah?
    • Jumlah bantuan adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, pembayaran dilakukan secara berfasa sebanyak RM900 (setiap fasa), bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak (RM300 + RM300 + RM300 = RM900).
  2. Bagaimana saya tahu saya layak atau tidak?
    • Anda boleh menyemak status kelayakan di portal rasmi SYUKUR SABAH, dengan hanya memerlukan nombor MyKad.
  3. Bila tarikh bayaran seterusnya?
    • tarikh bayaran seterusnya (Fasa 4) akan dilaksanakan antara Oktober – Disember 2025.
  4. Bagaimana jika nama tiada dalam senarai penerima?
    • Anda boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
  5. Bagaimana jika tiada akaun bank?
    • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di kaunter cawangan BSN berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

Leave a Comment