SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 2026

SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 2026

IC / Kad Pengenalan diri rakyat Malaysia menjadi perantara untuk Kerajaan menyalurkan bantuan tanpa tunai (cashless) supaya rakyat dapat menerima dan menggunakan bantuan dengan mudah dan selamat tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.

Bagaimanakah semakan Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan dan bayaran di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SEMAKAN BANTUAN DALAM IC

APA ITU BANTUAN DALAM IC?

Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar untuk rakyat yang memerlukan bagi menampung kos pembelian barang keperluan asas.

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam IC adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan Dalam IC hanya diberikan khusus kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi bayaran setiap bulan dan sekaligus.

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi penerima miskin & miskin tegar :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa;
  • Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.

Kelayakan bagi penerima asas bukan miskin adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan;
  • Tidak tersenarai dalam rekod data eKsih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.

KADAR BANTUAN DALAM IC

Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan Dalam IC yang berbeza pada setiap bulan. Berikut merupakan kadar bayaran yang dikreditkan dalam IC :

  • Bayaran kepada penerima miskin & miskin tegar :
PENERIMA MISKIN
(DAFTAR STR & EKASIH)
Isi Rumah :
RM200 sebulan
x 12 bulan
= RM2,400 setahun
Warga Emas :
RM150 sebulan
x 12 bulan
= RM1,800 setahun
Bujang :
RM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun
  • Bayaran kepada penerima asas bukan miskin :
PENERIMA ASAS
(DAFTAR STR & BUKAN EKASIH)
Isi Rumah :
RM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun
Warga Emas :
RM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun
Bujang :
RM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC

Pengkreditan Bantuan Dalam IC adalah dilaksanakan secara berperingkat setiap bulan dan sekaligus mengikut tarikh yang ditetapkan. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan Dalam IC anda :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN DALAM IC
Penerima STR & eKasihSetiap bulan bermula :
9 & 16 Januari 2026
hingga
1 Disember 2026
Penerima STR & bukan eKasihSetiap bulan bermula :
9 & 16 Januari 2026
hingga
1 Disember 2026

CARA SEMAKAN BANTUAN DALAM IC

Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan Dalam IC, ikuti cara semakan yang lengkap di aplikasi rasmi seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Dalam IC :

  1. Bolehkah Bantuan Dalam IC ditunaikan?
    • Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang secara tanpa tunai sahaja.
  2. Bolehkah Bantuan Dalam IC dipindah milik IC orang lain?
    • Ianya tidak boleh dipindah milik kepada IC yang lain.
  3. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan Dalam IC?
    • Ianya boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  4. Dimanakah boleh guna Bantuan Dalam IC?
  5. Bagaimanakah permohonan Bantuan Dalam IC?
    • Tiada permohonan diperlukan kerana ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak.

RUJUKAN

Segala informasi dalam artikel ini dirujuk daripada Laman Web Rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah). Untuk rujukan lanjut anda boleh hubungi pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment